JIKA disebut sahaja penyakit kanser, sudah pasti
ia menjadi istilah menggerunkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan
penderitaan malah menjadi punca kepada kematian. Statistik daripada
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan bahawa penyakit
kanser adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia apabila ia telah
membunuh 7.6 juta orang pada tahun 2008. Statistik ini sudah cukup
membuktikan akan bahayanya penyakit ini,
Malah, lebih memburukkan lagi apabila pada tahun 2030, dijangka kadar
pesakit kanser akan meningkat sehingga 12 juta kes. Di Malaysia sahaja,
seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun
dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh
(Data Majlis Kanser Nasional, MAKNA).
Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kanser?
Menurut pakar pemakanan dan perubatan seluruh dunia, punca kepada
peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan
yang tidak seimbang. Realiti pemakanan kebelakangan ini amat
membimbangkan apabila hampir 90 peratus daripada makanan seharian kita
bersifat asid dan mengandungi pelbagai bahan perisa dan pengawet yang
merupakan agen kepada kanser.
Realiti ini jauh berbeza seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan
seluruh dunia di mana tubuh yang sihat memerlukan 20 peratus makanan
berasid dan 80 peratus beralkali. Pengambilan makanan berasid dalam
kuantiti yang tinggi menyebabkan keadaan badan berasid yang boleh
melemahkan sistem antibodi dan imunisasi. Seterusnya, ia boleh
mengundang pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser.
Sel kanser adalah sel tidak normal yang membahagi dan membiak
membentuk ketulan asing di tubuh badan. Untuk membentuk satu ketulan
kanser, ia memerlukan kira-kira 1000 juta sel tidak normal. Biasanya
pada diagnosis awal, bilangan sel kanser mencecah satu billion. Rawatan
konvensional bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, malah turut
membunuh sel-sel yang normal. Ini membawa kepada pencarian kaedah
semulajadi bagi menghapuskan sel kanser sahaja. Penemuan Vitamin B17
sebagai penawar semulajadi kanser telah mendapat perhatian para saintis
di seluruh dunia.
Adakah sel kanser dapat direncatkan?
Pada tahun 1950, pakar biokimia Dr Ernest T Krebs telah berjaya
mencungkil kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser. Pakar kanser
Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata, "Di bawah mikroskop, kami memasukkan
Vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut
mati dengan cepat sekali". Selain itu, beberapa saintis perubatan yang
lain juga turut memperakuinya. Antaranya, Dr. Michael Tait, Fountain of
Life Clinic, Gold Coast, Australia yang berkata, "kanser adalah penyakit
metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17
dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser".
Kajian ke atas Puak Hunza di pergunungan Pakistan mengukuhkan
kenyataan ini apabila didapati pengambilan biji aprikot di kalangan
mereka mampu melanjutkan usia mereka sehingga 120 tahun tanpa menghidapi
sebarang kanser.
Situasi yang sama juga berlaku pada haiwan liar dimana ia tidak akan
dijumpai mati akibat kanser, tetapi sebaliknya haiwan yang dipelihara di
dalam zoo kemungkinann besar akan mati akibat kanser walaupun diberi
makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi Vitamin B17.
Vitamin B17 - Anugerah Semulajadi
Dalam terapi metabolik, apabila Vitamin B17 bertindak balas dengan
sel kanser, enzim Beta - Glucosidase dalam sel kanser itu berupaya
menguraikan elemen Vitamin B17 dan seterusnya membunuh sel kanser.
Lebihan Vitamin B17 akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim
Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan.
Kajian juga menunjukkan Vitamin B17 mampu membantu meningkatkan
keseimbangan pH dalam tubuh, memperlahankan penyebaran sel abnormal,
mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu mengimbangi kandungan gula
dalam darah.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji
aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat
dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat
merbahaya kepada kesihatan manusia apabila boleh menyebabkan keracunan
serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan.
Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan
biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji
aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi
melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro
Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah.
Ini amat penting bagi memastikan kandungan Vitamin B17 masih kekal
dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat
disingkirkan dan selamat dimakan.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar
Malaysia, Dr Ismail Lasa berkata, "Aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang
dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang dan sekaligus
mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain".
Keberkesanan Vitamin B17 atau biji aprikot dalam membantu mencegah
dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang
menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di
seluruh dunia. Antaranya, Jason Vale, 35 tahun, telah menghidap kanser
untuk 3 kali berturut-turut iaitu pada usia 18,19 dan 26 tahun.
Sebagai
langkah terakhir, beliau mencuba rawatan terapi metabolik dengan
pengambilan Aprikot B17 dan kesannya sangat mujarab dan menakjubkan.
Sebatian-sebatian sianida dalam Aprikot B17 juga cukup selamat dan tidak
beracun. Hal ini mengandungi jawapan tentang bagaimana mencegah dan
merawat kanser secara semulajadi.
8 comments:
Boleh tak dipos ke us?
Macan mana nak order ye
Minta hubungi 0133974959
Macan mana nak order ye
Minta hubungi 0133974959
Anonymous December 23, 2012 11:25PM;
Boleh di poskan US dengan menggunakan Courier Service.
Terima kasih
Dessy;
Tatacara pembelian sudah dinyatakan di pengatas Blog.
Saya telah cuba menghubungi nbr yang diberikan tetapi tiada jawapan.
Terima kasih
Mcmana nak order?
Utk liver cancer sesuai x..bole email contact number or call sy zazakryl@yahoo.com @ di talian 017 5056492
macam mana nak order?
Post a Comment