Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000
orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan
Malaysia,
kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah
kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes
baru setahun.
Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser
payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap
berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita
semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.
Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus
(180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan
kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum.
Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar
yang berakhir dengan dubur.
Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang
bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa
sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia
dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam
usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau
rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar
menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil
masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia
semakin teruk.
Tanda-tanda kanser usus
Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa
tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah
untuk buang air besar.
Peringkat
awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip
mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin
menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:
* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
*
Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
* Najis bercampur dengan darah.
* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus.
Jika
darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian
hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman
menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat
dengan apendiks).
*
Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).
* Perut rasa memulas.
* Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).
* Muntah.
* Hilang selera makan.
*
Berat badan turun tanpa sebab.
* Kerap penat.
* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.
Faktor risiko kanser usus
Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:
* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90
peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
* Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan
polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada
dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.
Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah
pertumbuhan sel kanser.
* Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat
kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
* Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah
menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko
mendapat kanser usus.
* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang
serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser
usus.
* Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap
rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian
menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap
kanser usus berbanding bukan perokok.
* Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.
* Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.
* Kurang bersenam.
Saringan dan pengesanan
Diagnosis kanser boleh datang
secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya
dianggap 'pembawa maut', ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala
disahkan menghidap penyakit ini.
Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi
fizikal dan emosi. Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis
kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga
yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat
mereka menghidap kanser.
Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, iaitu antara 85 hingga 95 peratus, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua.
Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat).
Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian
pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara
kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat.
Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan
rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh
lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda
antara 26 hingga 29 bulan.
Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan. Itu pendapat orang
sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu
mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa
berkualiti dengan orang tersayang.
"Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan
menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke
atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang
lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi
kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.
"Pesakit kanser usus peringkat awal sebenarnya mempunyai peluang sembuh yang tinggi jika
ia dikesan awal dan diberikan rawatan sewajarnya.
Pakar kesihatan menganggarkan 70 peratus kes kanser usus boleh dicegah
melalui perubahan tabiat pemakanan dan bersenam. Malah, melakukan
aktiviti yang kurang menggunakan tenaga selama dua jam seperti
membersihkan rumah juga didapati boleh memberi banyak perubahan kepada
kesihatan seseorang.
Untuk mengurangkan
risiko mendapat kanser iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat
seperti:
* Mengambil pemakanan seimbang
* Mengekalkan berat badan normal
* Meningkatkan aktiviti fizikal
* Melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
2 comments:
HteTdl http://kuroebaggu.com/ CjnWgj [url=http://kuroebaggu.com/]クロエ アウトレット[/url] NikVlc http://saiyasunerubutan.com/ JmqHla [url=http://saiyasunerubutan.com/]ルブタン パンプス[/url] SdcQnb http://mcmhannbai.com/ XfzIvm [url=http://mcmhannbai.com/]MCM 財布[/url] CjbUcl http://vuittonkakaku.com/ GazKov [url=http://vuittonkakaku.com/]ルイヴィトン 財布[/url] HqpIxo http://chloenihon.com/ IhtFkk [url=http://chloenihon.com/]クロエ ネックレス[/url] OssLyo http://louboutindendou.com/ AlwQbl [url=http://louboutindendou.com/]ルブタン スニーカー[/url] KttYnz http://guccisenmon.com/ CkjIjs [url=http://guccisenmon.com/]グッチ キーケース[/url] OxqGxq http://tuminihoo.com/ XrdVgl [url=http://tuminihoo.com/]TUMI 26114[/url]
Salam saya berusia 26tahun..saya sering sembelit sejak dari dulu lagi akibat tidak mengambil makanan berserat seperti sayur dan buah..hinggalah satu hari ketika membuang air besar kerap kali darah turun dengan banyak sekali merah..selepas itu saya perasan saya telah menhidapi masalah buasir..seperti ada dua benjolan diluar...mungkin buasir luar dan dalaman..sudah sekian lama tidak membuang najis berdarah..saya perasan lama kelamaan saya semakin sembelit dan tidak boleh membuang air besar secara normal..saya msti makan sesuatu ubat bagi membolehkan saya membuang air besar contoh nya seperti teh hijau herba atau ubat dari farmasi..gejala buang air besar berdarah juga kembali..adakah saya menghidap kanser kolon?
Post a Comment