KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama).
Kementerian Kesihatan perlu menyemak
statistik kebangsaan berhubung pesakit barah payudara di negara ini
memandangkan ia tidak pernah dikaji semula lebih daripada lima tahun,
kata seorang pakar onkologi.
Pakar bedah endokrin dan perunding payudara Prince Court Medical Center (PCMS) Dr Harjit Kaur berkata ini kerana banyak kematian tidak direkodkan memandangkan pesakit tidak mendapatkan rawatan konvensional sebaliknya beralih kepada terapi tradisional dan akhirnya mati di rumah dan diklasifikasikan sebagai kematian biasa.
"Kita masih mendengar statistik yang mendakwa satu daripada 20 wanita di Malaysia berisiko mendapat barah payudara sepanjang hidup mereka tetapi fakta sebenarnya ia mungkin lebih tinggi.
"Kita mungkin mempunyai insiden yang sama seperti setinggi satu dalam 20 atau satu dalam 11 seperti negara-negara maju," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Pusat Payudara PCMS di sini.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menyempurnakan majlis itu sempena kempen 'Pink October'.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment