Followers

Tuesday, April 1, 2014

Berhati-Hati Membeli Aprikot @ Cancer - B17



Maklumat yang sampai kepada saya setiap kapsul biji aprikot terdapat lebih kurang 3-4 biji aprikot sahaja. Untuk mereka yang tidak mampu kebiasaanya membeli kapsul biji aprikot yang dihasilkan oleh syarikat atau individu tempatan. Setiap botol harga kapsul aprikot dalam linkungan dari RM100 ke RM300 yang mengandungi dari 150 hingga 300 biji kapsul

Namun jika anda tidak berhati2 anda akan dapati sesetengah jenama kapsul aprikot dibuat dengan menggunakan biji aprikot yang bermutu rendah terutamanya biji aprikot dari China yang biasa digunakan untuk produk2 kosmestik. Oleh sebab itulah pihak-pihak ini boleh menjualnya dengan harga yang murah, kerana kos mereka adalah rendah.

Biji aprikot yang tidak pahit tergolong dalam tiada nilai-nilai "Vitamin B17" atau mempunyai kandungan vitamin B17 yang teramat rendah. Ia amat tidak sesuai dimakan mahupun untuk pencegahan kanser. Untuk memastikan biji aprikot yang anda beli adalah yang tulin ataupun tidak, anda dinasihatkan untuk membuka kapsul dan letakkan dilidah untuk memastikan tahap pahitnya.

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kualiti atau jenama yang tertera pada botol. Pastikan anda membeli kapsul aprikot dari syarikat yang mempunyai alamat pengeluar atau ada maklumat2 berkaitan syarikat dan produk  didalam website mereka.

Kerana biasanya mereka ada sijil "MAL" daripada  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tertera pada botol dan kotak pembungkusan produk mereka..

Terdapat juga kapsul aprikot dipasaran dihasilkan oleh individu tertentu secara haram dan ini tidak baik kerana risiko kebersihan semasa ia dihasilkan. Biji aprikot mudah dijangkiti kulat apabila ia dikisar jika anda tidak mengutamakan kebersihan semasa mengisikannya dalam kapsul.

Jika anda mempunya bajet yang rendah atau was was dengan kualiti kapsul aprikot adalah lebih baik anda memakan biji aprikot pahit secara mentah atau dikunyah. Biji aprikot pahit apabila anda telah membiasakan diri mengunyahnya, in shaa Allah... lama kelamaan rasanya yang pahit itu akan menjadi kebiasaan dan boleh dimakan setiap hari tanpa masalah.

Pesanan saya supaya anda berhati-hati dengan pembelian Kapsul Aprikot yang banyak terdapat dalam pasaran terutamanya melalui jualan online yang dihasilkan tanpa pengawasan dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Siasat dan buat pertanyaan terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang pembelian. Wallahuaklam....

11 comments:

Anonymous said...

Pada yg xde sakit ape2 tu pastikan anda jgn mkn biji aprikot byk2 kerana boleh mnyebabkan buah pinggang anda mnjadi radang ianya berlaku pada saya dn apabila sy buat pemeriksaan darah tahap penapisan buah pinggang sy semakin menurun, agaknya mcm mana ya org yg ada kanser tu kena mkn smpai beratus biji ini akan mnyebabkan buah pinggang mnjadi trbeban dn lebih bahaya boleh mnywbabkab buah pinggang gagal brfungsi sedangkan bg pesakit kanser sistem perkumuhan itula yg harus dijaga sy harap penjual2 aprikot lebih jujur dgn side effect yg akan trjadi apabila memakan biji aprikot dgn banyak, utk pengetahuan sy hanya mkn 10 biji shj sehari itupon xampai seminggu bila terjadi masalah sy lngsung xmkn dh biji aprikot ni bygknla kalau pesakit kanser tu mcm mana ya kena mkn smpai brpuluh dn beratus biji

Anonymous said...

takutnya dengar :( risau nak belikan utk ibu..byk ubat pun masalah

Canser vs B17 said...

Kepada Anonymous May 30, 2014 at 10.31PM.

Buat pengetahuan anda, yang menyebabkan menjadi radang di buah pinggang adalah kerana sistem penepisan dalam buah pinggang tersumbat dengan hablur/debu-debu aprikot atau kekacang yang tidak hancur.

Itulah sebabnya saya nyatakan bahawa berhati-hati dengan pembelian aprikot.

Ada di kalangan peniaga yang hendak mengaut untung tanpa memikirkan kesusahan orang lain dengan cara menghasilkan produk dengan kos yang murah dan boleh jual dengan harga yang tinggi atau mengikut pasaran.

Caranya adalah dengan mengisar biji mentah aprikot dan kapsulkan. Untuk jangka panjang (bergantung kepada individu) bahan kisaran tersebut akan mendap dalam buah pinggang dan menyebabkan radang atau penyakit buah pinggang, dan bagi kaum lelaki ianya boleh menyebabkan masalah prostat.

Nasihat saya kepada semua pelanggan atau yang hendak mencuba Aprikot untuk merawat kanser supaya bertanya dengan penjual samada produk mereka adalah dari bahan yang di kisar atau ekstrak.

Jika aprikot kisar, maka lupakan sahaja. Harus di ingat, aprikot yang di ekstrak perlu melalui saringan makmal dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), kemudian barulah mendapat kelulusan sijil MAL daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi untuk kepastian bertanyalah kepada penjual anda samada mereka mempunyai sijil/kelulusan KKM atau tidak.

Kemudian terpulang kepada anda untuk membuat keputusan dan menilaikannya.

Sekian terima kasih.

Canser vs B17 said...

Kepada Anonymous: June 13, 2014 at 3:06 PM

Tak perlu takut, saya sendiri sudah mengamalkannya sejak tahun 2008. Cuma kita perlukan maklumat yang lengkap sahaja sebelum mencuba sesuatu produk atau supplement.

Sebabnya seperti yang saya terangkan di atas. Cara pemprosesan yang tidak betul yang mengakibatkan orang ramai takut untuk mencuba.

Terima kasih.
Zuraida

pza said...

bole saya lihat botol kapsul tu mcm mana. saya survey2 byk yg xde kkm approval lg.

Unknown said...

Dimana sy blh dptkan yg ori??

Canser vs B17 said...

pza;

seperti dalam gambar di atas

Canser vs B17 said...

Anez Danny;

Seperti yang tertera di atas (dalam blog)

Unknown said...

Sya nk order,nk beli ori..mcn ye..

Unknown said...

Saya beli yang jenis softgel..macam minyak ikan kod tu.. xpe ke? sbb kat kedai arab banyak jual samada dlm bentuk biji belum proses atau dlm bentuk kapsul softgel.. 30 biji softgel tu dlm berapa belas ringgit je.. yg mcm tu ok ke??

Sugar said...

Hi..Nd life aprikot seed kat fb mcm mn plk yer..? Ade idea nk beli..tp baca ni takut plk..