Followers

Tuesday, June 24, 2014

Benarkah Aprikot Menyebabkan Radang Buah Pinggang.? @ Cancer- B17

Assalamualaikum, pertama sekali saya memohon maaf kerana terlalu lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan tugasan. Catatan kali ini bagi menjawap pertanyaan dan permasalahan yang tercatat dalam ruang komen sebelum ini. Saya amat teruja dengan komen beliau yang tidak bernama ini. Buat pengetahuan saudara/saudari tidak bernama;

(Buat saudara/saudari yang tidak bernama ini, lain kali letaklah nama supaya senang untuk berinteraksi, jika pergi klinik/hospital pun kena register tau.., ini seperti baling batu sembunyi tangan pula. Maafkan saya ya...)
Anonymous said...
Pada yg xde sakit ape2 tu pastikan anda jgn mkn biji aprikot byk2 kerana boleh mnyebabkan buah pinggang anda mnjadi radang ianya berlaku pada saya dn apabila sy buat pemeriksaan darah tahap penapisan buah pinggang sy semakin menurun, agaknya mcm mana ya org yg ada kanser tu kena mkn smpai beratus biji ini akan mnyebabkan buah pinggang mnjadi trbeban dn lebih bahaya boleh mnywbabkab buah pinggang gagal brfungsi sedangkan bg pesakit kanser sistem perkumuhan itula yg harus dijaga sy harap penjual2 aprikot lebih jujur dgn side effect yg akan trjadi apabila memakan biji aprikot dgn banyak, utk pengetahuan sy hanya mkn 10 biji shj sehari itupon xampai seminggu bila terjadi masalah sy lngsung xmkn dh biji aprikot ni bygknla kalau pesakit kanser tu mcm mana ya kena mkn smpai brpuluh dn beratus biji
May 30, 2014 at 10:31 PMDelete
Buat pengetahuan saudara/saudari, yang menyebabkan menjadi radang buah pinggang adalah kerana sistem penapisan dalam buah pinggang tersumbat dengan hablur/debu-debu aprikot atau kekacang yang tidak hancur dengan pelbagai sebab dan punca.

Untuk persoalan anda, itulah sebabnya saya nyatakan bahawa berhati-hati dengan pembelian aprikot.

Ada di kalangan peniaga yang hendak mengaut untung tanpa memikirkan kesusahan orang lain dengan cara menghasilkan produk dengan kos yang murah dan boleh jual dengan harga yang tinggi atau mengikut pasaran. Banyak terdapat iklan online dan pelbagai dalam alam cyber ini.

Caranya peniaga-peniaga ini beroperasi samada di belakang rumah atau mengupah kilang2 haram untuk menghasilkan produk mereka. Caranya adalah dengan mengisar biji mentah aprikot dan kapsulkannya, dengan sedikit label dan penceritaan serta harga yang berpatutan maka sudah sedia untuk jualan. Senang bukan untuk buat keuntungan..?

Untuk kesan jangka panjang (bergantung kepada individu) bahan kisaran tersebut akan mendap dalam buah pinggang dan menyebabkan radang, penyakit buah pinggang atau yang berkaitan dengannya, dan bagi kaum lelaki pula ianya boleh menyebabkan masalah prostat.

Nasihat saya kepada semua pelanggan atau yang hendak mencuba Aprikot bagi merawat kanser supaya bertanya dengan penjual samada produk mereka adalah dari bahan yang dikisar atau ekstrak. Jika penghasilan produk mereka daripada biji aprikot kisar, maka lupakan sahaja.

Selain daripada itu, sila bertanya kepada penjual anda samada mereka mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak, jika mereka gagal menjawap dan berdolak dalih atau memberikan jawapan ianya dalam proses permohonan. Maknanya anda faham-faham sendiri.

Harus di ingat, aprikot yang di ekstrak perlu melalui saringan makmal dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), kemudian barulah mendapat kelulusan sijil MAL daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Prosesnya amat terperinci dan rumit sekali.

Sekali lagi saya tegaskan, untuk kepastian bertanyalah kepada penjual anda samada mereka mempunyai sijil/kelulusan KKM atau tidak. Keputusan atau kuasa membeli di tangan anda. Jika BPFK dan KKM telah meluluskannya maknanya tidak perlu was-was dan ragu lagi.

Sebenarnya ramai yang keliru dengan pemakanan tambahan seperti Aprikot ini kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap. Tambahan pula dengan sikap peniaga2 HARAM yang berleluasa dalam pasaran.

Ini kita baru bercerita masalah aprikot kisar yang bakal menyebabkan penyakit buah pinggang. Kita belum lagi sentuh berkaitan kandungan Sianida (Cynade) dalam biji aprikot. Nanti di lain masa akan saya huraikan dan mengapa kita perlu amalkan Biji Aprikot yang di Ekstrak. 

Kita hanya berusaha, yang menyembuhkan adalah kuasa Allah SWT. Wallahuaklam....

Sekian terima kasih.
Zuraida Mohd.

No comments: