Followers

Friday, November 24, 2017

Kanser - “10 Tanda-Tanda Amaran Penyakit Kanser“.

Aku dapat info mengenai perkara ini semasa menunggu giliran dipanggil masuk oleh doktor. Disebabkan hari tu ada ramai orang, jadi aku kena tunggu lama juga la. Haa semasa menunggu tu lah aku ada terbaca 1 pamplet mengenai tanda-tanda penyakit kanser.

Setelah membaca pamplet itu, aku dapati apa yang dituliskan tu memang sangat tepat. Sebab, arwah ibu aku sendiri adalah bekas penghidap penyakit kanser. Dan semua tanda-tanda yang dituliskan dalam pamplet itu memang benar-benar terjadi pada arwah ibuku dulu.

Jadi, aku rasa, info penting ini sangat perlu untuk dihebahkan agar semua orang menjadi lebih peka dan prihatin terhadap tanda-tanda penyakit kanser ni. Ia penting kerana, sekiranya kita dapat detect atau mengesan lebih awal penyakit kanser, maka rawatan segera dapat dijalankan.
 
Sebaliknya, jika kita terlewat dapat tahu (kerana kurang pengetahuan) mengenai penyakit kanser ni, ianya bakal mengundang padah di kemudian  hari. Arwah ibu aku sendiri, agak lewat kami dapat mengesan penyakit kanser yang dialaminya.

Kalaulah aku pernah membaca artikel mengenai tanda-tanda penyakit kanser ini dulu, sudah pasti kami akan dapat mengesan penyakit arwah ibu dengan lebih cepat lagi dan memulakan rawatan seawal mungkin.

Tapi sayang, semuanya sudah terlambat. Ibu kini telah pergi buat selama-lamanya. (Al-Fatihah untuk arwah ibu.)

OKlah, berikut ini aku kongsikan 10 tanda-tanda amaran kanser yang boleh kita periksa sama-sama. Baca dan ambillah peringatan yer.

10 Tanda Amaran Kanser
  1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air  kecil dalam jangka masa 2~3 bulan. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
  3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen atau perut. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
  6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan (dengungan) di dalam telinga. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  8. Senak atau mengalami kesukaran untuk menelan. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Kalau penghisap rokok, batuknya menjadi lebih teruk dan melarat-larat. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3~6 bulan. (Ini berlaku pada arwah ibuku)

Ingatlah bahawa “EARLY DETECTION SAVES LIFE” atau dalam bahasa Melayu nya ialah “PENGESANAN AWAL MENYELAMATKAN NYAWA“.




Berikut pula adalah beberapa langkah pencegahan dan pengesanan awal kanser yang boleh kita amalkan sama-sama yer.
Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT.

Untuk jenis kanser yang boleh dikesan awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal, boleh menyelamatkan nyawa.

Gaya hidup sihat ialah anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Ini bermaksud ;
  1. Jangan merokok
  2. Aktif pada setiap hari
  3. Mengekalkan berat badan yang ideal
  4. Makan banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin
  5. Makan makanan yang rendah lemak, gula dan garam.
  6. Kurangkan pengambilan alkohol
  7. Sedar mengenai kesan sinaran mahahari yang merbahaya

Sekian,  semoga apa yang dikongsikan ini sikit sebanyak memberikan manfaat untuk kita semua. Amin insyaAllah.

Thursday, November 23, 2017

Kanser - Kebaikkan Vitamin C



Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?

Vitamin C adalah perlu untuk:

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita.

Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari


VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

  1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
  2.  Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.
  3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – physikal dan mental.
  4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan B complex dan vitamin C dalam diet seharian.

Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….
Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit?

"PREVENT BETTER THAN CURE"

Wednesday, November 22, 2017

Kanser - Statistik KMM







Kuala Lumpur: Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati Kira-kira 19,000 daripada 100,000 rakyat di negara ini menghidap pelbagai jenis kanser.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, wanita adalah golongan yang paling berisiko menghidap kanser iaitu membabitkan 10,290 pesakit daripada 100,000 rakyat Malaysia.
Beliau berkata, lima kanser paling kerap menyerang rakyat negara ini adalah payudara iaitu 14.5 peratus, usus (12.1 peratus), paru-paru (11.8 peratus, pangkal rahim (5.7 peratus dan kerongkong (5.4 peratus).

"Oleh itu, kita menasihati orang ramai supaya melakukan pemeriksaan kesihatan awal bagi mengesan kanser seterusnya merawat pesakit itu.

"Statistik juga menunjukkan kanser adalah keempat tertinggi penyebab kematian di hospital kerajaan," katanya selepas melancarkan Projek Kesedaram,Saringan dan Rawatan Kanser Usus 2016, di sini , pagi tadi.

Tuesday, November 21, 2017

Kanser - Payudara dan Fibroid

Askm....

Sekadar berkongsi.

Saya pesakit kanser payudara yg berulang. Sudah menjalani pembedahan membuang tumor sebanyak 2x serta  rawatan kemoterapi dan radioterapi hingga terpaksa berhenti kerja untuk fokus kepada rawatan susulan. Kini disahkan menghidap fibroid di dalam rahim dan dinasihatkan menjalani pembedahan membuang rahim kerana dikhuatiri fibroid tersebut bertukar menjadi kanser. Saya juga sering menghidapi sakit belakang, mungkin kesan rawatan mammogram. Saya minta pembedahan ditangguhkan kerana ingin mencuba rawatan alternatif lain.

Seorang rakan memperkenalkan saya kepada rawatan melalui Biji Aprikot bagi membantu memulih dan menguatkan sistem imun (dayatahan melawan penyakit) dalam badan bagi menangkis serangan virus/bakteria yang menyebabkan penyakit sedia ada. Selepas pengambilan pada hari pertama hingga ketiga, sakit belakang yang menyerang begitu menjadi2. Alhamdulillah.....bermula hari keempat hinggalah sekarang ianya hilang begitu saja. Saya teruskan dengan kapsul aprikot tersebut dan diiringi dengan Ibadah2 sunat malam serta puasa. Keyakinan masalah fibroid saya pula dapat diselesaikan biarpun terpaksa mengambil sedikit masa. Walaupun terpaksa mengorbankan sejumlah wang tetapi amat berbaloi sekali rasanya kerana kesan yg saya dapati selepas itu sungguh positif.

Tubuh yang dulu lemah tak bermaya terasa ringan dan bertenaga, tidur semakin nyenyak, ingatan kembali kuat, deria bau sedikit demi sedikit terasa pulih, pembuangan air besar dan kecil sentiasa lancar dan sakit kepala yang adakalanya menyerang hilang sekelip mata. Saya seolah-olah mendapat kembali kesihatan dulu meski saya akui belum sepenuhnya lagi. Ramai menilai wang adalah segala2nya dalam hidup ini tapi bagi saya, tiada yang lebih bernilai selain dianugerahkan kesihatan yg cukup2 baik hingga saya bebas ke mana saja tanpa perlu sentiasa menderita akibat tekanan perasaan yg amat mencengkam jiwa.

Seorang rakan menghidap kanser rahim tiga tahun lepas dan kini kanser tulang pula memberitahu tubuhnya terasa sakit berdenyut2 setiap hari akibat serangan bisa kanser tersebut kini semakin berkurangan sejak mula mengamalkan Aprikot tanpa henti. Saya sentiasa memberinya kata2 semangat iaitu jangan sekali2 putus asa kerana selagi ada nyawa di badan, selagi itulah kita perlu gagah menempuh dugaan ini dan buang jauh2 rasa marah dan kecewa, hentikan tangisan, padamkan penyesalan, rintihan mahupun rungutan atas takdir Tuhan yang menimpa. Setiap musibah ada hikmah dan setiap usaha pasti ada kejayaan walaupun lambat.    

Kini...saya belajar menyayangi tubuh saya dengan berusaha mengawal diet pemakanan serta mengamalkan gaya hidup jauh lebih sihat setiap hari kerana saya perlu hidup demi menjaga keperluan keluarga terutamanya ibu tercinta. Meski jauh di sudut hati, saya cukup trauma dan terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan nyawa kakak sulung (yg diserang kanser ovari kronik secara tiba2 hingga meninggal dunia dua bulan lepas) sebab ditakdirkan baru bertemu minuman istimewa ini, namun saya berazam untuk memperkenalkannya kpd orang lain pula yg ditakdirkan senasib dengan saya dan yg benar2 mahu mengubah keadaan diri menjadi sihat semula seperti saya. Saya hanya mahu berkongsi pengalaman saya dan jadikanlah ia samada iktibar atau panduan untuk anda menikmati kehidupan yg lebih sempurna selepas ini. Insya-Allah.

Sila e-mail saya sekiranya anda perlukan apa2 info. T/kasih.

Asmidar, kajang.