KANSER atau BARAH DAN KETUMBUHAN (TUMOR) merupakan antara kumpulan
penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar
tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh
badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel..?
Dalam keadaan lumrah
serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan
kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang
individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,
ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang
dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua
jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor
jenis barah).
Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah
merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya.
Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari
kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah
payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada
tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang
melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta
seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.
Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada
ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem
perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit
barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.
Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Rawatan Alternatif bagi Barah Payudaradan juga lain-lain jenis kanser.
No comments:
Post a Comment