Followers

Monday, July 2, 2012

Mampukah penyakit barah payudara dicegah?


Mampukah penyakit barah payudara dicegah?

Ini adalah pertanyaan yang sering menghantui kita. Biarpun kita mengetahui, tidak ada faktor ataupun sebab yang spesifik dikenal pasti sebagai puncanya. Namun dengan mengetahui faktor risiko serta mengelakkan darinya, adalah kaedah yang mampu membantu dalam usaha mencegah penghidapan penyakit ini.  Disamping itu pengamalan cara kehidupan yang sihat juga akan turut berupaya menyumbang ke arah usaha tersebut.

Faktor risiko seperti amalan pemakanan yang tidak betul, kurang bersenam, merokok serta mengambil minuman beralkohol jika dielakkan bukan sahaja akan mengurangkan risiko penghidapan penyakit ini. Tetapi tahukah anda , ianya juga akan membantu anda untuk mengelak daripada penyakit-penyakit seperti kencing manis, jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain?

Antara langkah penjagaan serta rutin kehidupan seharian yang sihat adalah seperti:

1.     Mengurangkan pengambilan bahan berlemak di dalam amalan pemakanan seharian anda.

2.     Menambahkan bahan makanan yang mengandungi serat (fiber) di dalam amalan pemakanan seharian anda. Antara bahan makanan yang mengandungi serat (fiber)adalah sayuran, buah-buahan dan bijirin.

3.     Pastikan anda memakan sayuran serta buah-buahan yang segar. Selain daripada mengandungi bahan serat (fiber) ia juga turut mempunyai unsur-unsur antioksidan dan mikronutrien.

4.     Kurangkan ataupun elakkanlah pengambilan minuman beralkohol. Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa wanita yang mengambil minuman beralkohol secara puratanya sebanyak dua kali sehari mempunyai sedikit peningkatan risiko berbanding mereka yang tidak meminumnya.

5.     Bersenam serta sentiasa aktif berupaya untuk mencegah anda daripada ancaman pelbagai jenis penyakit. Antara amalan bersenam yang boleh anda lakukan ialah aktiviti berjalan, jika berupaya lakukannya pada setiap hari. Sekiranya tidak berkesempatan, lakukan senaman yang berupaya untuk mengeluarkan peluh serta menggerakkan otot anda.

6.      Hapuskan tabiat merokok. Biarpun ia bukanlah merupakan punca kepada penghidapan penyakit barah payudara tetapi ianya mempunyai kesan yang berupaya untuk memudaratkan keseluruhan kesihatan badan anda. Ianya turut membuka anda kepada risiko penghidapan pelbagai penyakit yang lain.

No comments: