Followers

Thursday, March 17, 2011

Alhamdulillah, 70% Sembuh.

Awal Januari 2011, Jamilah bawa Makcik ke klinik swasta di Sungai Besar. Doktor suruh serta-merta ke hospital. Kami pilih Hospital Sg. Buloh. Pada masa yang sama Anis (Dr.) uruskan ke Hospital Putrajaya. Besoknya, 4 Januari, Makcik dimasukkan ke wad selama dua hari. Disahkan mengidap breast canser tahap merbahaya. Menurut Zaki, doktor kata tahap empat. Urusan-urusan ke dan di hospital pun dijadualkan. Setiap tiga minggu.

Pada 20 Januari Makcik memulakan makan biji apricot jenis pahit.

Tiga minggu yang lalu, selepas menjalani kimo, doktor beritahu proses pengecutan sel-sel cancer amat laju. Jika boleh diperatuskan, 60% dah kecut. Dan semalam, 16 Mac 2011, selepas menjalani kimo, doktor beritahu Zaki proses pengecutan sel-sel cancer amat drastik. Jika boleh diperatuskan, 70% dah kecut. Secara pandangan zahir, luka dulu seluas kotak rokok kini sudah kering dan mengecil macam sebutir kacang sahaja.

Namun, pembedahan terpaksa juga dibuat. Dan 90% kemungkinan Pembedahan Tanpa Tampal. Dalam bahasa orang awam, hanya dicungkil sedikit sahaja.

Maka doktor pun bertanya, ada usaha-usaha lain yang dilakukan?

Alhamdulillah dan subhanallah.
Di atas adalah pengakuan daripada Profesor Dr. Abdul Wahab Arbain berkaitan penyakit kanser payudara yang di hidapi oleh makciknya. Boleh di layari juga di blog beliau di sini Abdul Wahab Arbain.

No comments: