Kebelakangan ini saya kerap menerima panggilan bertanyakan simptom untuk kanser paru-paru, di sini saya kongsikan maklumat untuk kebaikkan bersama dan juga sebagai langkah pencegahan. Apa jenis kanser pun jika dapat dikesan
pada peringkat awal, kemungkinan untuk sembuh adalah lebih cerah jika
dirawat dengan betul dan pesakit mempunyai daya tahan yang kuat serta
motivasi diri yang tinggi.
Kanser paru-paru merupakan salah satu
daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan
apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke
organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis, hanya tawakal serta redha sahajalah kepada Tuhan.
Justeru,
tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat
dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai
risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga
perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah
kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih
terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan,
kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Gambar X-ray dada pengidap kanser paru-paru (sebelah kanan)
Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenalpasti ialah:
1. Kemurungan (depresi) atau perubahan mood lain
Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom
psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan
sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.
2. Selalu sakit yang berulang-ulang
Sakit yang berulang-ulang beserta dengan
selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya
di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu
paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau
batuk-batuk yang tidak baik-baik.
3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab
Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.
4. Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)
Terutamanya di kawasan bawah puting susu,
bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh
tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain
ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang
membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.
5. Keletihan luar biasa
Badan terasa letih kerana bahan yang
dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini
mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi
kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.
6. Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
Ini merupakan tanda biasa bagi kanser
paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah
nutrisi (pemakanan) atau alergi.
7. Nafas pendek dan dada berbunyi
Tanda ini seperti orang astma. Keadaan ini
terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu
kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas
keluar.
8. Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar
Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk
perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun
lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah
yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat
kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh
tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini
akan masuk ke dalam kahak.
9. Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan
Ini disebabkan tumor di paru-paru
menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia
yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga
menyebabkan anemia.
10. Sakit dada, belakang, bahu dan/atau perut
Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini
disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit
dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang
menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.
Contoh tumor kanser paru-paru
Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau
lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan
pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan
doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit,
batuk atau demam biasa).
Banyak kes di mana diagnosis bagi mengenal
pasti kanser lewat dilakukan kerana pesakit hanya makan ubat sakit/batuk
biasa dari klinik biasa. Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan
pakar sakit kanser, masa ini agak sudah terlewat.
Oleh itu, diagnosis
dan rawatan awal penyakit kanser amat penting. Semoga maklumat yang dikongsikan di sini bermanfaat kepada semua.
Read more...