Followers

Friday, November 24, 2017

Kanser - “10 Tanda-Tanda Amaran Penyakit Kanser“.

Aku dapat info mengenai perkara ini semasa menunggu giliran dipanggil masuk oleh doktor. Disebabkan hari tu ada ramai orang, jadi aku kena tunggu lama juga la. Haa semasa menunggu tu lah aku ada terbaca 1 pamplet mengenai tanda-tanda penyakit kanser.

Setelah membaca pamplet itu, aku dapati apa yang dituliskan tu memang sangat tepat. Sebab, arwah ibu aku sendiri adalah bekas penghidap penyakit kanser. Dan semua tanda-tanda yang dituliskan dalam pamplet itu memang benar-benar terjadi pada arwah ibuku dulu.

Jadi, aku rasa, info penting ini sangat perlu untuk dihebahkan agar semua orang menjadi lebih peka dan prihatin terhadap tanda-tanda penyakit kanser ni. Ia penting kerana, sekiranya kita dapat detect atau mengesan lebih awal penyakit kanser, maka rawatan segera dapat dijalankan.
 
Sebaliknya, jika kita terlewat dapat tahu (kerana kurang pengetahuan) mengenai penyakit kanser ni, ianya bakal mengundang padah di kemudian  hari. Arwah ibu aku sendiri, agak lewat kami dapat mengesan penyakit kanser yang dialaminya.

Kalaulah aku pernah membaca artikel mengenai tanda-tanda penyakit kanser ini dulu, sudah pasti kami akan dapat mengesan penyakit arwah ibu dengan lebih cepat lagi dan memulakan rawatan seawal mungkin.

Tapi sayang, semuanya sudah terlambat. Ibu kini telah pergi buat selama-lamanya. (Al-Fatihah untuk arwah ibu.)

OKlah, berikut ini aku kongsikan 10 tanda-tanda amaran kanser yang boleh kita periksa sama-sama. Baca dan ambillah peringatan yer.

10 Tanda Amaran Kanser
  1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air  kecil dalam jangka masa 2~3 bulan. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
  3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen atau perut. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
  6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  7. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan (dengungan) di dalam telinga. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  8. Senak atau mengalami kesukaran untuk menelan. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Kalau penghisap rokok, batuknya menjadi lebih teruk dan melarat-larat. (Ini berlaku pada arwah ibuku)
  10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3~6 bulan. (Ini berlaku pada arwah ibuku)

Ingatlah bahawa “EARLY DETECTION SAVES LIFE” atau dalam bahasa Melayu nya ialah “PENGESANAN AWAL MENYELAMATKAN NYAWA“.




Berikut pula adalah beberapa langkah pencegahan dan pengesanan awal kanser yang boleh kita amalkan sama-sama yer.
Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT.

Untuk jenis kanser yang boleh dikesan awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal, boleh menyelamatkan nyawa.

Gaya hidup sihat ialah anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Ini bermaksud ;
  1. Jangan merokok
  2. Aktif pada setiap hari
  3. Mengekalkan berat badan yang ideal
  4. Makan banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin
  5. Makan makanan yang rendah lemak, gula dan garam.
  6. Kurangkan pengambilan alkohol
  7. Sedar mengenai kesan sinaran mahahari yang merbahaya

Sekian,  semoga apa yang dikongsikan ini sikit sebanyak memberikan manfaat untuk kita semua. Amin insyaAllah.

No comments: