Cara-cara untuk mengenali ubat atau pemakanan tambahan yg mengandungi steroid.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengharamkan ubat herba yang dijual
secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi STEROIDS.
Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi STEROID ialah ubat itu dapat
melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta.
Setelah memakannya beberapa hari, berat badan akan bertambah dan muka menjadi tembam.
Untuk jangka masa panjang ia sangat merbahaya pada ginjal.
Oleh itu pastikan anda membeli ubat atau pemakanan tambahan yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment