Followers

Monday, January 30, 2012

Ulaman Penyembuh Kanser.

Terdapat 3 jenis ulaman dari golongan herba iaitu Pegaga, Selom dan Ulam Raja yang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan vitamin antioksidan serta kesan ulam tersebut terhadap perencatan sel barah.

Daun Pegaga.
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica, mempunyai aroma yang unik dan rasa yang pahit.Pegaga telah digunakan secara tradisional untuk mengubati alergi, kanser, cirit birit, merangsang peredaran darah, mengurangkan panas badan, merawat kusta, gonorea, menyembuhkan luka, ulser, lelah, kencing berdarah, reumatisme, dan sakit tekak.


Daun Selom.
Oenanthe javanica atau selom sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetis atau kencing manis.


Daun Ulam Raja.
Cosmos caudatus adalah nama botanical bagi ulam raja. Kelebihannya ialah pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Dari kajian UPM, ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja. Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).

Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi. Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.

Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.

Ketiga-tiga ulam ini telah diuji kesannya terhadap sel kanser menggunakan kaedah invitro atau kaedah kultur tisu. Pegaga telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon atau kanser usus dan kanser payudara. Selom juga mampu membunuh sel kanser kolon dan payudara. Ulam raja pula menunjukkan kesan perencatan pertumbuhan bagi kanser kolon sahaja. Ulam-ulaman ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap sel yang normal.

No comments: