Followers

Monday, November 7, 2011

Al-Fatihah....

Sesungguhnya kami berasa amat gembira dan bersyukur ke Hadrat Allah SWT apabila mendapat berita gembira daripada setiap pelanggan apabila mereka khabarkan keputusan laporan perubatan yang menunjukkan kesembuhan setelah mengamalkan pemakanan tambahan vitamin B17 (biji Aprikot).

Berita di bawah ini adalah salah seorang pelangan kami yang memulakan pengambilannya seminggu sebelum umat Islam Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri (bulan Ramdhan) yang lalu.


Ibu kembar Ahmad-Muhammad meninggal dunia akibat kanser

November 07, 2011

SUNGAI BESAR, 7 Nov ― Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya Isnin selepas setahun bertarung dengan barah payu dara.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor. Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata, beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini.

“Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas,” katanya dipetik Bernama Online.

Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada September 2002.-MI

Takziah daripada kami dan keluarga. Semoga Allah SWT tempatkan roh beliau dalam kalangan mereka yang beriman.

Kepada keluarga saudara Rosli Abdul Rahim, bersabarlah menghadapi dugaan Allah ini. Sesungguhnya begitulah ketentuanNYA dari DIA kita datang, kepadaNYA-lah kita kembali.

Kami juga mendoakan semoga keluarga yang ditinggalkan ini, sentiasa dirahmati Allah SWT.

Al-Fatihah.....

No comments: