Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik.
Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.
1)Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
2) Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.
3) Diagnosa: Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar;
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke 10 Ong/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat biasa, menghitung FPSA(Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi.
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor. Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.
4) Rawatan: Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.
5) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- ultrasound
- Scan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.
6) Pencegahan: Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.
AWAS :
Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi "DHEA", anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit kanser prostat. "DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat, kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.
Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun.
3 comments:
Zometa tu sejenis hormon kew?
ayh sy telah didiagnosis kanser prostat,usus n tulang blkg. sy ada memberi mkn biji aprikot tetapi ada kesan kepala pening. sy ingin ayh sy mencuba produk b17 ini. tlg sms sy di 0136933117
ayh sy telah didiagnosis kanser prostat,usus n tulang blkg. sy ada memberi mkn biji aprikot tetapi ada kesan kepala pening. sy ingin ayh sy mencuba produk b17 ini. tlg sms sy di 0136933117
Post a Comment