Followers

Wednesday, June 22, 2011

Kisah Gadis Penjual Cd dan Pesakit Kanser.


Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang terakhir buat kita...

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita namakannya sebagai Adam. Dia kini berusia 17 tahun dan dijangka menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkan oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya.

Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya dan ibunya bersetuju. Adam tidak pergi jauh, hanya berjalan sekitar deretan kedai berhampiran rumahnya.

Tiba-tiba Adam berhenti di hadapan sebuah kedai muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, Adam terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Kaki Adam terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada Adam sambil bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala Adam hanya ada senyuman paling manis pernah dilihatnya selama 17 tahun ini. Adam tergamam buat seketika sebelum menjawab dengan nada suara yang agak bergetar (gagap):

"Saya nak beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya menyeluk saku mengeluarkan wang untuk bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu lagi bersama senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Adam hanya mampu mengangguk. Si gadis meminta diri untuk ke bilik belakang. Sekali lagi Adam menganggukkan kepalanya.

Sejak hari itu, saban hari Adam akan berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu jugalah, dia akan membeli CD yang dibalut cantik oleh gadis itu. Adam pula, sekembalinya ke rumah tidak pernah membuka CD-CD yang dibelinya itu dan hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan Adam untuk bertemu gadis itu. Adam seorang anak muda yang sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar, namun lidahnya kelu. Ibu Adan perasan dengan apa yang berlaku dan sentiasa memberikannya galakan.

Pada suatu hari, Adam nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai muzik dan membeli Cd dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. Semasa si gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di bilik belakang, Adam meninggalkan nombor telefonnya di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, Adam tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Setelah dua hari berturut-turut Adam tidak muncul di kedai tersebut, lantas si gadis cuba menghubunginya menggunakan nombor telefon yang Adam tinggalkan dua hari lepas.

Si ibu yang menjawab panggilan tersebut. Si gadis meminta untuk bercakap dengan anak lelakinya dan si ibu mula menangis. Gadis itu bertanyakan apa yang telah berlaku?

"Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia dua hari lepas..."

Untuk sekian lama, yang ada hanyalah diam yang panjang. Pada sebelah petangnya, ibu Adam memasuki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan Adam. Dia membuka almari dan terperanjat melihatkan cd-cd yang berbalut kemas tanpa satu pun darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan untuk meleraikan persoalannya itu, si ibu membuka salah satu daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkan di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka cd- cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi helaian kertas yang tertulis mesej serupa.

"Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

Moralnya, begitulah adanya hidup ini. Jangan tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang yang istimewa apa yang anda rasakan tentangnya. Kerana esok mungkin sudah terlalu lewat untuk anda berbuat demikian...

3 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Kalau jadi agent..
untung lumayan tak ek?

shaja said...

ntah hape2.. xmenyentuh kalbu lngsung.. reka sendiri ker?

Anonymous said...

haiyaa....kureng ar cite neh...bek baca kisah udak tecik yg sakit hati kronik tu, yg mak dier sanggup wat ape saje sampaikan tahan lori sampah untuk tunaikan hajat anak dier ...iskh2...