Followers

Saturday, January 29, 2011

Biji Aprikot Tidak Mengandungi Racun..!!!!



Semenjak kebelakangan ini, kami sering menerima sms, telefon dan email yang bertanyakan samada biji aprikot mengandungi racun yang boleh membahayakan diri pemakannya.

Untuk makluman semua, sebenarnya biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang merbahaya. Biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17, apabila bertembung dengan sel kanser di dalam badan akan bertindakbalas dengan menghasilkan (cyanide/sianida).

"Cyanide/Sianida" jika difahami secara kasar adalah sejenis racun. Tetapi sebenarnya cyanide yang terhasil dari tindakbalas itu akan membunuh sel-sel kanser yang wujud didalam badan manusia.

Perlu difahami bahawa cyanide yang terhasil dari tindakbalas Vitamin B17 dengan sel kanser adalah tidak sama dengan cyanide yang dikatakan racun itu. Mana-mana cyanide yang terbaki dari tindakbalas semulajadi diantara vitamin B17 dan sel kanser itu akan dineutralkan oleh hati.

Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang tentang cyanide ini kerana ianya tidak merbahaya sama sekali. Malah cyanide ini tidak akan merosakkan mana-mana sel yang baik di dalam tubuh kita.

Kepada pengamal-pengamal biji aprikot, teruskan amalan anda. Cuma perlu diingatkan disini, jangan memakan lebih dari 30 biji sehari bagi orang-orang yang normal. Bagi yang berpenyakit kanser, boleh memakan biji aprikot sehingga berjumlah 50-70 biji sehari. Untuk yang baru hendak mencuba, mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu.

Jika sekiranya badan kita rasa OK, barulah tambahkan jumlahnya sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah yang disyorkan iaitu lebih kurang 10-15 biji 2 kali sehari. InsyaAllah, amalan memakan biji aprikot dapat mencegah diri kita dari diserang penyakit kanser.

Biji aprikot bukan sahaja boleh membantu kita dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit kanser tapi juga telah terbukti dapat membantu mereka yang menderita sakit buasir, darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan lain-lain. Inilah keajaiban ciptaan Allah yang Maha Kuasa!

No comments: