Selain sebagai sayuran, cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit sendi tulang.
Akar dan daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya pula dapat mengubati sakit sendi tulang. Sayuran berkhasiat tinggi ini semakin hari semakin dilupakan. Kebanyakan generasi muda tidak lagi mengenali tanaman ini.
Pokok cemperai adalah jenis pokok renek dan pokok bersaiz kecil setinggi empat meter. Daunnya ovat, bujur atau lanseolat berukuran 4 – 20 sentimeter (sm) panjang dan 2 – 10 sm lebar. Infloresennya panikel dengan bunga yang berwarna kehijauan. Buahnya drup, elipsoid, 1 – 1.5 sm panjang dan 0.5 – 1 sm lebar, berwarna kuning limau dan kemerahan apabila masak.
Menurut pengalaman Tn Idris Ismail Talu dengan pucuk cemperai, ada dua jenis cemperai yang agak ketara, pertama yang daunnya berwarna hijau tua dan agak bulat bentuk daunnya, sementara yang satu jenis lagi agak keperangan warna daunnya dan berbentuk lebih panjang atau lonjong. Di Kuala Lipis dalam tahun 1970-an, ramai penduduk kampong menanam cemperai untuk dijadikan turus pagar. Batang cemperai bertindak sebagai turus pagar dan daunnya dijadikan sayur. Buahnya yang muda, berbentuk bundar itu juga boleh dijadikan sayur.
Pucuk cemperai sesuai kegemaran orang Jawa. Cemperai juga boleh dimasak manis bersama ikan bilis dan isi keledek manis seperti sayur beningdimasak lemak dengan cendawan sisir dan dicampur dengan udang kering. Di sesetengah tempat cemperai dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa.
Kononnya, jika dimakan mentah begitu seseorang itu boleh kekal awet muda!
Pokok cemperai jarang ditanam dan kebanyakan tumbuh liar di hutan. Di kampung pokok ini ditanam di sekitar rumah untuk keperluan dapur. Pokok ini mudah dibiakkan dengan menyemai bijinya atau dengan keratan batang. Biji daripada buah yang cukup masak disemai dalam kotak semaian yang diisi dengan pasir yang bersih.
Anak pokok yang baik percambahannya dipindahkan ke dalam karung plastik yang diisi dengan tanah hutan dan kemudian diletakkan di bawah pokok atau di tempat redup. Apabila anak pokok ini mencapai ketinggian satu meter atau lebih, barulah ditanam ke tanah. Pokok ini boleh juga dibiakkan dengan keratan batang. Batang atau ranting berukuran 1 – 1.5 meter di tanam terus ke tanah. Batangnya juga boleh dibuat turus pagar untuk terus hidup.
Pokok ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan tanah agak subur dan mendapat sedikit lindungan cahaya matahari.Pucuk cemperai mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Setiap 100 g pucuk cemperai mengandungi :
- air 72.0 g,
- protein 7.0 g,
- lemak 0.4 g,
- karbohidrat 14.0 g,
- serat 4.7 g,
- kalsium 120 mg,
- fosforus 72 mg,
- ferum 1.9 mg,
- natrium 8 mg,
- kalium 557 mg,
- karotena 2260 ug,
- Vitamin A 377 ug,
- vitamin B 1 0.1 mg,
- vitamin B 2 0.42 mg,
- niasi 0.7 mg,
- vitamin C 63.8 mg
Capaian entry berkaitan :
- Menyingkirkan panas
- Pokok Serunai Laut
- Kobis Brussel
- Pokok jarak boleh jadi ubat
- Jarak Pagar alternatif petrol
- Mulberry buah pelbagai guna
- Khasiat Pokok Tanjung
- Khasiat bunga cempaka
- Buah kiwi lindungi tubuh daripada radikal bebas
- Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea
- Kesan antioksidan badam
- Antioksidan dalam labu kurangkan risiko penyakit
No comments:
Post a Comment