Followers

Monday, June 24, 2013

Tanda-Tanda Anak Anda Menghidap Kanser #Canser-B17

Kanser pada dasarnya merupakan penyakit yang boleh diubati dan sembuh jika dapat dikesan sejak peringkat awal dan kemungkinan sembuhnya mencapai 80%. Maka, penting bagi orang tua khususnya untuk mengenal pasti tanda-tanda kanser sejak awal lagi.

Kanser, secara umum terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama merupakan kanser jenis cair iaitu darah dengan istilah leukemia, dan yang kedua adalah kelompok tumor padat.

Tumor padat dapat ditemui hampir pada semua organ tubuh seorang anak, dari kepala sampai hujung kaki. Ibu bapa biasanya dapat mengesan tumor atau benjolan pada tubuh seorang anak semasa memandikannya. Ketika menemui benjolan, maka orang tua perlu memeriksanya di klinik untuk mengonfirmasi benjolan tersebut sama ada kanser atau bukan.


Berikut adalah perkara-perkara yang harus diamati orang tua apabila melihat atau meraba benjolan seperti yang disalin dari buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal".



1. Mata 
Anda harus curiga apabila mata anak anda seperti mata kucing, matanya merah, terjadi gangguan penglihatan atau juling. Biasanya ibu bapa akan memberikan ubat tetes mata yang dijual bebas di pasaran. Orang tua boleh saja melakukan tindakan tersebut, namun apabila dalam tempoh tiga hari tidak ada perubahan, segera ke klinik atau hospital. Kemungkinan itu bukan merupakan penyakit mata biasa, melainkan gejala awal dari kanser bola mata (retinoblastoma).

2. Leher
Waspada apabila menemui benjolan di leher seorang anak yang bertambah besar dalam waktu singkat. Biasanya anak tidak mengeluh kesakitan apabila benjolan tersebut ditekan atau dipegang. Berbeza dengan benjolan yang timbul akibat infeksi, biasanya akan terasa sakit apabila ditekan atau dipegang dan terasa panas apabila diraba.

Infeksi pada gigi dan telinga juga dapat menyebabkan benjolan dengan karakteristik seperti tersebut di atas. Dapatkan nasihat doktor untuk kepastian jenis benjolan.


3. Paru 

Jika anak anda didapati sesak nafas dan setelah dilakukan foto dada ternyata ditemukan sel kanser pada paru-parunya, jangan berpifikiran bahawa anak ini terkena kanser paru-paru. Tidak ada kanser paru pada anak. Keadaan ini biasanya merupakan akibat dari penyebaran suatu jenis kanser tertentu ke paru-paru. Salah satu jenis kanser pada anak yang dapat menyebar ke paru-paru adalah kanser tulang.

4. Perut 

Secara fizikal, perut anak akan kelihatan membuncit dan apabila ditekan akan terasa suatu benjolan. Jika menemukan kes demikian, segeralah buat pemeriksaan anak dengan doktor.
Hal lain yang perlu diperhatikan orang tua adalah jangan terlalu kerap menekan perut anak yang makin lama makin membesar kerana ini hanya akan mempermudah penyebaran.

5. Alat kelamin
Alat kelamin yang dimaksudkan adalah alat kelamin anak lelaki. Secara fizikal, testis kanan dan kiri seperti tidak sama besar.  Testis yang terkena biasanya keras, dan tidak ditemui tanda-tanda infeksi. Kanser pada organ testis, sama halnya paru-paru merupakan akibat penyebaran dari suatu jenis kanser tertentu ke testis. Jenis kanser yang dimaksudkan yang dapat menyebar ke testis adalah kanser darah (leukemia).

6. Tangan atau kaki
Waspada apabila terlihat ada bengkak pada tangan atau kaki. Pembengkakan ini biasanya disertai dengan demam atau sakit.

7. Otak
Benjolan pada otak memang tidak dapat dilihat mahupun diraba. Walaupun demikian, orang tua tetap dapat meengawasi gejala kasker otak dengan melihat kesan yang ditimbulkan akibat adanya suatu benjolan pada otak. Gejala-gejala tersebut, antara lain adalah pening, muntah, lumpuh, dan gangguan keseimbangan.

No comments: