Followers

Wednesday, December 24, 2014

Kanser Payudara Dan Simptomnya.

Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.

Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.

Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.

Tanda-tanda awal kanser payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
* Perubahan rasa di payudara atau puting
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting
* Perubahan saiz dan bentuk payudara
* Puting payudara terperosok ke dalam
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang. Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.



Siapa berisiko tinggi?
Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.

* Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

* Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

* Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.
Contohnya Atypical hyperplasia atau Lobular carcinoma in situ merupakan sel-sel abnormal di payudara yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara.

Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.


Risiko lain

* Kesuburan dan sejarah haid

* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.

* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.

* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.

* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.

* Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.

* Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.

Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospital atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

"Mencegah lebih baik daripada Merawat. Dapatkan kapsul Aprikot sebagai makanan tambahan anda hari ini."

Tuesday, December 16, 2014

KANSER KOLOREKTAL ATAU KANSER USUS

KANSER kolorektal yang juga dikenali sebagai kanser usus adalah penyakit kanser yang utama bagi orang lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini.

Penyakit ini pula paling tinggi menyerang masyarakat Cina. Setiap tahun di seluruh dunia, 655,000 kematian dilaporkan akibat kanser ini. Kanser usus menjadi kes kanser ketiga yang paling utama dan penyebab kematian kedua di Barat. Di Asia, terutama di Jepun dan Singapura, jumlah kes kanser semakin meningkat dalam tempoh sedekad lalu.

Kanser usus juga telah mengambil alih kanser paru-paru sebagai kanser utama yang menyerang lelaki. “Dahulu, kanser usus bukanlah sesuatu yang biasa di Jepun, Singapura atau negara Asia yang lain. Satu teori yang dikaitkan adalah diet mereka kini bertukar mengikut diet Barat.

“Mereka kurang makan makanan yang berserat, minum banyak alkohol dan daging. “Saya tak mengatakan daging faktor penyebab kanser. Tetapi tabiat pemakanan boleh jadi satu faktor. Diet memainkan peranan utama. Ini mungkin boleh menjelaskan kenapa insiden kanser kolon semakin meningkat di Malaysia, Singapura dan Jepun,” menurut Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Wahid.

“Jika disedari pada peringkat lewat, peluang untuk sembuh adalah kurang cerah. Rawatan berlainan diperlukan bagi peringkat awal dan peringkat lanjut dengan kaedah yang berbeza, kami akan lihat berapa lama pesakit boleh hidup dalam masa lima tahun.

“Kita tak melihat kepada jangka hayat mereka tetapi bagaimana mereka meneruskan survival. Adakah mereka selesa atau sebaliknya,” kata Mohamed Ibrahim.

Pakar onkologi perlu menilai beberapa aspek sebelum membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik bagi pesakit. Pembedahan merupakan pilihan atau pilihan utama manakala kemoterapi atau radioterapi dicadangkan bergantung kepada keadaan pesakit dan faktor perubatan yang lain. Terdapat pelbagai jenis penyakit kanser, begitu juga rawatannya.


Kanser boleh sembuh kalau disedari lebih awal. Inilah mesej yang sentiasa diberi para doktor. Tetapi pesakit mungkin memerlukan beberapa jenis rawatan. Menurut Mohamed Ibrahim, rawatan untuk kanser adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar. Jika kanser usus disedari pada peringkat awal dan tidak merebak, ia boleh disembuh.
Bagi sesetengah orang, mereka mungkin terdengar tentang satu atau dua kaedah rawatan kanser tetapi doktor mungkin menggabungkan beberapa jenis terapi bukan sahaja untuk membuang kanser tersebut, juga untuk memastikan bahawa kanser tersebut tidak akan kembali.

Pakar Runding Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr. Christina Ng berkata, kemampuan doktor mengenalpasti sel kanser secara spesifik adalah satu penemuan yang luar biasa. Rawatan seperti ini adalah pencapaian yang signifikan jika dibandingkan dengan kaedah konvensional seperti kemoterapi yang membunuh semua sel yang ada.

“Rawatan ini diasaskan kepada pemahaman bahawa sel-sel kanser membesar lebih cepat daripada sel normal, jadi sel kanser akan binasa terlebih dahulu.

“Bagaimanapun ada sel lain yang membesar dengan cepat seperti sel usus, sum sum tulang, folikel rambut dan rahim. Ini juga akan binasa.”

Sementara itu, terapi sasaran seperti Cetuximab hanya menyerang sel kanser. Cetuximab boleh melekat pada reseptor faktor pembesar epidermal (EGFR) dan menyekat sel kanser daripada menerima nutrien untuk pembesaran dan percambahan.

Ini menghalang tumor daripada menyerang tisu normal dan merebak kepada organ. Cetuximab sebenarnya membuat sel kanser ‘kebuluran’. Sehubungan itu, kaedah terapi sasaran mempunyai kesan sampingan yang kurang. Menurut Global Cancer News, Cetuximab merupakan antibodi monoklonal yang boleh digunakan bagi rawatan kanser usus, leher dan kepala. Cetuximab, yang mempunyai penanda bio prediktif adalah rawatan barisan hadapan bagi kanser kolorektal bermetastasis, membantu dalam pemilihan pesakit yang sesuai untuk terapi ini.

Penanda bio ini, dinamakan KRAS, adalah protein yang mengawal EGFR. Menurut Daftar Majlis Barah Kebangsaan, terdapat beberapa situasi yang menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kanser. Ada yang percaya kanser ini hanya menyerang lelaki tetapi pada hakikatnya ia juga menyerang wanita. Adalah tidak benar kanser usus tidak boleh dihalang. Ini kerana amaran awal seperti kehadiran tanda dan gejala seperti polip boleh dibuang sebelum kanser tersebut membesar dan merebak.

Kebanyakan kes kanser usus di Malaysia melibatkan mereka yang berumur lebih 40 tahun. Ia juga merupakan satu mitos bila dikatakan rawatan kanser membinasakan kedua-dua sel normal dan sel kanser. Hakikatnya, doktor mempunyai opsyen rawatan seperti surgeri, radioterapi, kemoterapi dan terapi sasaran.
Kesan sampingan seperti rasa mual dan muntah boleh dikawal.

Ramai juga yang menjalani rawatan alternatif kerana mereka percaya rawatan alternatif boleh menyembuh barah.. –  Bernama

Monday, December 15, 2014

Kanser Kerongkong #kanser



Mesti ada yang tertanya, kenapakah ? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. Sama macam Teh Panas Dan Teh Ais, ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais.

Bahaya Minum Teh Panas...

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong. Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum teh panas didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2 minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.

Kanser kerongkong:
Biasanya bermula dalam sel-sel yang melapisi bahagian dalam kerongkong. Kanser Kerongkong boleh berlaku di mana sahaja di sepanjang kerongkong.


Kanser kerongkong yang paling sering dijumpai adalah karsinoma, baik karsinoma sel skuamosa (karsinoma epidermoid) mahupun adenokarsinoma. Kanser kerongkong lain adalah limfoma (kanser limfosit), leiomiosarkoma (kanser otot polos kerongkong) dan kanser yang berasal dari bahagian tubuh yang lain. Kanser boleh berlaku di mana-mana bahagian kerongkong, Bisa muncul sebagai suatu penyempitan dari kerongkong, suatu benjolan atau suatu kawasan rata yang abnormal (plak).


Penyebab Kanser Kerongkong;
Kanser kerongkong lebih sering terjadi pada orang yang kerongkongannya telah menyempit kerana mereka pernah menelan larutan basa kuat, misalnya cecair untuk pembersihan tekak atau mulut.
- Menderita akalasia (keadaan di mana injap kerongkong bahagian bawah gagal membuka)
- Mempunyai sumbatan di kerongkong, misalnya selaput kerongkong
- Menderita kanser kepala dan leher.

Merokok dan penggunaan alkohol juga meningkatkan risiko terjadinya kanser kerongkong, terutama karsinoma sel skuamosa. Pada beberapa pesakit, perubahan lapisan kerongkong merupakan tanda pertama dari kanser. Perubahan ini berlaku setelah iritasi kerongkong menahun oleh asid atau hempedu.

Gejala Kanser Kerongkong:
Kerana kanser kerongkong cenderung menyumbat jalannya makanan, maka gejala awalnya biasanya berupa kesulitan menelan makanan padat. Setelah beberapa minggu, keadaan ini berkembang dan pesakit akan mengalami kesukaran dalam menelan makanan lembut dan kemudian cecair. Akibatnya berat badannya menurun.

Terbukti tidak ada cara untuk mencegah terjadinya kanser kerongkong. Namun, untuk mengurangkan risiko kanser kerongkong, anda masih boleh mencegahnya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan mengamalkan pemakanan tambahan Vitamin B17 (Biji Aprikot).

Tuesday, December 9, 2014

Kanser Tulang @ Kanser

Pengenalan , Definasi & Epidemiologi
Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati.

Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ- organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payu dara , paru-paru dan kelenjar prostate)
Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak di temui. Ia berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.
Gejala dan tanda
Gejala- gejala kanser tulang adalah berlainan pada setiap pesakit dan bergantung kepada jenis kanser tulang tersebut. Secara umumnya gejala-gejala tersebut adalah :
  • Kebengkakan dan sakit pada kawasan yang terlibat
  • Sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam
  • Hilang fungsi anggota
  • Tulang lebih rapuh dan senang untuk patah
  • Hilang berat badan dan selera makan
Diagnosa
Sejarah pesakit yang terperinci , pemeriksaan fizikal pesakit yang menyeluruh berserta ujian makmal tertentu seperti x ray, 'bone scan' dan biopsy tulang (pembedahan kecil untuk mengambil tisu tulang dan di periksa di makmal) adalah mencukupi untuk mendiagnosa kanser tulang.
Rawatan
Dengan wujudnya rawatan kemoterapi (ubat anti kanser) yang terkini , ujian makmal tertentu , rawatan radioterapi (sinar x yang digunakan untuk membunuh sel kanser) dan teknik pembedahan yang terkini , kebanyakan kanser tulang primer dan sekunder boleh dirawat.

Rawatan kanser tulang sekunder adalah bergantung kepada punca kanser tersebut. Kebanyakan pesakit yang menghidapi kanser tulang peringkat akhir , tujuan utama rawatan adalah untuk memperbaiki mutu kehidupan dan meringankan gejala-gejala kanser tulang sekunder.
Proses Penyembuhan
Peluang untuk sembuh adalah semakin baik dan cerah dengan kemajuan ubat-ubat kemoterapi sejak kebelakangan ini. Peluang untuk sembuh akan bergantung kepada pelbagai faktor yang boleh dibincang dengan pakar bedah ortopedik