Followers

Sunday, November 30, 2014

Kanser Limfoma #kanser @ Kanser

ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap kanser limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi kanser tersebut.

Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap kanser limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi kanser itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam kanser limfoma, bilangan pesakit kanser Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina. Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit kanser di Singapura antara 2007 dengan 2011.

Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Kanser Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahului kaum lain dalam kanser limfoma sejak tahun 1998. Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelasan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup.

Lymphoma EBV-PositiveLymphomaKanser limfoma menjejas sistem limfa.
Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang lebih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Bilangan pesakit yang menghidapi kanser limfoma telah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011.

Pesakit kanser limfoma di peringkat pertama dan kedua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mempunyai 40-60 peratus harapan. Dr Choo juga berkata kebanyakan kes kanser limfoma tidak diketahui sebabnya. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser limfoma adalah pendedahan kepada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangkitan beberapa jenis virus.

Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan demam yang berterusan. Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk mengesan kanser limfoma.

Di Singapura, secara keseluruhan, kanser limfoma adalah kanser kelima paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita. Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lelaki dan 27,734 wanita menghidapi kanser. Tiga kanser paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah kanser usus besar (17.6 peratus), kanser paru-paru (15.6 peratus) dan kanser prostat (11.8 peratus).

Bagi kaum wanita pula, tiga kanser paling biasa dihidapi ialah kanser buah dada (29.3 peratus), kanser usus besar (13.9 peratus) dan kanser paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi golongan Melayu, kanser yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah kanser paru-paru (18.3 peratus) diikuti kanser usus besar (15.3 peratus) dan kanser limfoma (12 peratus).

Dr Choo berkata kanser paru-paru mendahului senarai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi. Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru. Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena kanser paru-paru berbanding bukan perokok, kata Dr Choo.

Di kalangan wanita Melayu ,kanser paling biasa dihidapi ialah kanser buah dada (32.2 peratus), kanser usus besar (10.8 peratus) dan kanser limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah kanser keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang menghisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.
Sepertiga jenis kanser boleh dielak.

TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis kanserh boleh dielakkan? Caranya pula agak mudah iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau berkata kanser biasanya dapat dikekang menerusi gabungan beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang. Pemakanan anda memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu anda mengawal berat badan. Jika anda hanya melakukan satu daripadanya iaitu bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan, ia boleh membantu menghalang beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser buah dada tetapi jika anda melakukan kedua-duanya adalah lebih baik, kata Dr Choo, yang juga Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng sejak empat tahun lalu.

Monday, November 24, 2014

TEKNOLOGI BARU MERAWAT BARAH. # kanser paru-paru

TEKNOLOGI BARU MERAWAT BARAH: Dr Choo Bok Ai kini menggunakan mesin radioterapi Varian yang baru dipasang di Hospital Tan Tock Seng untuk merawat pesakit barah. Mesin yang merupakan teknologi baru dalam merawat barah itu mampu mengurangkan masa rawatan radioterapi sebanyak 50 peratus berbanding mesin yang menggunakan teknologi lama. – Foto KHALID BABA
ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap barah limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi barah tersebut.
Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap barah limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi barah itu. Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma, bilangan pesakit barah Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina.

ELAK BARAH

Antara makanan yang boleh membantu mencegah barah:
  • Epal
  • Beri biru
  • Kranberi
  • Buah delima
  • Oren
  • Anggur merah
  • Kayu manis
  • Daun selasih
  • Bawang putih
  • Buah pala
  • Bawang
  • Kunyit
  • Kubis
  • Tomato
  • Brokoli
  • Lobak
  • Keledek
  • Kubis bunga
  • Sawi
  • Buah zaitun
  • Tauge
  • Bayam
  • Coklat
  • Madu
E Sumber: http://www.eattodefeat. org
Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit barah di Singapura antara 2007 dengan 2011.

Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahului kaum lain dalam barah limfoma sejak tahun 1998. Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelesan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup.

Barah limfoma menjejas sistem limfa. Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang lebih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Bilangan pesakit yang menghidapi barah limfoma telah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011. Pesakit barah limfoma di peringkat pertama dan kedua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mempunyai 40-60 peratus harapan.
Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru. Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok.

– Dr Choo Bok Ai.
Dr Choo juga berkata kebanyakan kes barah limfoma tidak diketahui sebabnya.
Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap barah limfoma adalah pendedahan kepada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangkitan beberapa jenis virus.

Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan demam yang berterusan. Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk mengesan barah limfoma.

Di Singapura, secara keseluruhan, barah limfoma adalah barah kelima paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita.

Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lelaki dan 27,734 wanita menghidapi barah.
Tiga barah paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah usus besar (17.6 peratus), barah paru-paru (15.6 peratus) dan barah prostat (11.8 peratus).

Bagi kaum wanita pula, tiga barah paling biasa dihidapi ialah barah buah dada (29.3 peratus), barah usus besar (13.9 peratus) dan barah paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi golongan Melayu, barah yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah barah paru-paru (18.3 peratus) diikuti barah usus besar (15.3 peratus) dan barah limfoma (12 peratus).

Dr Choo berkata barah paru-paru mendahului senarai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi.

“Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan barah paru-paru.

“Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena barah paru-paru berbanding bukan perokok,” kata Dr Choo. Di kalangan wanita Melayu, barah paling biasa dihidapi ialah barah buah dada (32.2 peratus), barah usus besar (10.8 peratus) dan barah limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun barah paru-paru adalah barah ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah barah keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang menghisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.

Sepertiga jenis barah boleh dielak

TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis barah boleh dielakkan?
Caranya pula agak mudah – iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini.
Beliau berkata barah biasanya dapat dikekang menerusi gabungan beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang.
“Pemakanan anda memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu anda mengawal berat badan.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia awal akibat barah sebanyak 50 peratus.

– Dr Choo Bok Ai.
“Jika anda hanya melakukan satu daripadanya iaitu bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan, ia boleh membantu menghalang beberapa jenis barah seperti barah usus dan barah buah dada tetapi jika anda melakukan kedua-duanya adalah lebih baik,” kata Dr Choo, yang juga Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng sejak empat tahun lalu.

Mengenai pemakanan, Dr Choo menasihatkan supaya lima hidangan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran dimakan setiap hari. Pengambilan daging merah seperti daging lembu atau kambing pula dikurangkan kepada 70 gram sehari, sementara pengambilan makanan dalam tin, makanan barbeku dan makanan yang diawet seperti kicap dikurangkan. Menurut Dr Choo, antara sebab mengapa barah perut lebih kerap berlaku di kalangan orang Cina ialah mereka selalu makan makanan yang diawet dan menggunakan sos yang diawet dalam masakan.

Perokok pula dinasihati supaya berhenti merokok kerana 80 - 90 peratus barah paru- paru berpunca daripada tabiat merokok. “Jika rokok diharamkan, bilangan pesakit barah paru-paru di kalangan masyarakat Melayu akan berkurang.

“Daripada menduduki tempat teratas sebagai barah paling kerap di kalangan lelaki Melayu, barah paru-paru mungkin turun ke tempat ke-10 jika semua orang Melayu diharamkan merokok,” kata Dr Choo.
Selain itu, beliau juga berkata senaman adalah penting bagi mengelak berat badan berlebihan yang didapati berkaitan dengan barah usus besar, barah rahim dan barah buah dada. “Kajian klinikal menunjukkan bahawa senaman sederhana selama 30 minit sehari boleh mengurangkan risiko meninggal dunia awal akibat barah sebanyak 50 peratus,” jelas Dr Choo.

Dr Choo selanjutnya berkata, setiap orang harus menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan melakukan ujian saringan seperti mamogram, pap smear, Faecal Occult Blood Test (FOBT) bagi mengesan barah usus besar dan ujian Prostate Specific Antigen (PSA) untuk mengesan barah prostat mengikut had usia yang ditetapkan.

Memandangkan 5 hingga 10 peratus barah disebabkan faktor keturunan, mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap barah perlu melakukan ujian saringan lebih awal.
Sebagai contoh, Dr Choo berkata jika anda mempunyai kakak yang menghidap barah buah dada ketika berusia 35 tahun, anda harus menjalani ujian saringan tiga tahun lebih awal iaitu ketika anda berusia 32 tahun. Salah satu cara mengesan barah pada peringkat awal ialah dengan mengenali tanda-tandanya. Secara umum, tanda-tanda barah termasuk berat badan yang menurun tanpa sebab, kurang selera makan, rasa penat dan sakit yang berterusan.

Menurut Dr Choo, beberapa jenis barah, seperti barah buah dada, mudah dikesan awal kerana ketulannya boleh dirasa. Barah paru-paru dan ovari lebih sukar dikesan kerana kedudukannya yang tersembunyi. “Kebanyakan barah, seperti barah buah dada, yang dikesan melalui ujian saringan masih berada di peringkat pertama dan kedua. “Jika dikesan apabila tanda-tandanya sudah kelihatan dan berlarutan, barah itu mungkin sudah berada antara peringkat kedua dan keempat,” kata Dr Choo.

Jika ada tanda-tanda barah, Dr Choo menasihatkan pesakit supaya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin dan menyempurnakan semua rawatan yang disyorkan dan jangan meninggalkannya separuh jalan.

Menurut Dr Choo, bergantung pada jenis barah dan peringkatnya, rawatan yang diperlukan boleh mengambil masa sekitar sembilan bulan. Pembedahan boleh dilakukan dalam masa sehari dan memerlukan sekitar sebulan untuk pesakit pulih sepenuhnya. Rawatan kemoterapi pula boleh mengambil masa tiga hingga enam bulan dan radioterapi mengambil masa sekitar enam minggu.

Kos pembedahan pula adalah sekitar $3,000, kos kemoterapi boleh menjangkau lebih $12,000 dan kos bagi radioterapi sekitar $3,500.
 
“Jika barah dikesan pada peringkat pertama, kemoterapi mungkin tidak diperlukan. Jadi lebih awal ia dikesan, belanja yang dikeluarkan untuk rawatan adalah sedikit. “Pesakit yang mengikuti rawatan lengkap juga dapat meningkatkan peluang hidup mereka sebanyak 10 hingga 20 peratus,” jelas Dr Choo.
Kadar kejayaan merawat barah pula bergantung pada jenis barah dan peringkat ia dikesan.

Sebagai contoh, kebanyakan barah paru- paru dikesan di peringkat tiga dan empat dan rawatan kemoterapi dan radioterapi kurang berkesan untuk merawat keseluruhan barah itu.

Dr Choo menggalakkan pesakit barah supaya berbincang dengan doktor mereka kerana rawatan bagi barah kini dilakukan berdasarkan keperluan individu dan tidak semua pesakit memerlukan rawatan lanjut seperti kemoterapi atau radioterapi.

Tuesday, November 11, 2014

Buang Air Besar Berdarah..#Cancer-B17

Di negara Malaysia, Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus juga kadangkala dipanggil kolorektal adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks, manakala lelaki inilah kanser paling kerap berlaku.
Kanser usus istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum.
Rektum ialah bahagian 15 sentimeter (cm) atau enam inci daripada usus besar yang berakhir di dubur. Usus dan rektum sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
- See more at: http://www.malaysiaedition.net/kanser-usus-seramai-610000-orang-meninggal-dunia-pada-tahun-2008/#sthash.KxRpYdZW.dpuf
Di negara Malaysia, Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus juga kadangkala dipanggil kolorektal adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks, manakala lelaki inilah kanser paling kerap berlaku.
Kanser usus istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum.
Rektum ialah bahagian 15 sentimeter (cm) atau enam inci daripada usus besar yang berakhir di dubur. Usus dan rektum sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
- See more at: http://www.malaysiaedition.net/kanser-usus-seramai-610000-orang-meninggal-dunia-pada-tahun-2008/#sthash.KxRpYdZW.dpuf
Di negara Malaysia, Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus juga kadangkala dipanggil kolorektal adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks, manakala lelaki inilah kanser paling kerap berlaku.
Kanser usus istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum.
Rektum ialah bahagian 15 sentimeter (cm) atau enam inci daripada usus besar yang berakhir di dubur. Usus dan rektum sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
- See more at: http://www.malaysiaedition.net/kanser-usus-seramai-610000-orang-meninggal-dunia-pada-tahun-2008/#sthash.KxRpYdZW.dpuf
Di negara Malaysia, Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus juga kadangkala dipanggil kolorektal adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Dalam kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks, manakala lelaki inilah kanser paling kerap berlaku.
Kanser usus istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum.
Rektum ialah bahagian 15 sentimeter (cm) atau enam inci daripada usus besar yang berakhir di dubur. Usus dan rektum sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.
- See more at: http://www.malaysiaedition.net/kanser-usus-seramai-610000-orang-meninggal-dunia-pada-tahun-2008/#sthash.KxRpYdZW.dpuf

Jangan terlalu ambil mudah jika anda pernah berdepan dengan situasi ini, di mana darah keluar dari dubur ketika membuang air besar. Sama ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu berisiko menghidap kanser usus besar atau menjurus ke arah itu.

Jika terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau berdepan risiko sukar disembuhkan.
Pakar Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid colon. Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes membabitkan bahagian berkenaan.
“Selebihnya boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang pembedahan, terutama membabitkan kanser usus besar.
Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.
Katanya, penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah menghidap kanser.
“Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berisiko perlu membuat kolonoskopi screening (pemeriksaan bahagian dalaman seluruh kolon dan rektum menggunakan alat bercahaya fibre optik mudah lentur yang dimasukkan melalui dubur) sebulan sekali.
“Pemeriksaan itu dapat mengesan ketumbuhan pada usus besar dan berkeupayaan membuang polip,” katanya.
Ballan berkata, golongan berisiko menghidap penyakit itu digalakkan tidak memakan makanan berkarbohidrat tinggi, sebaliknya memperbanyakkan makanan serat.
Dalam episod 14 tersebut, seorang pesakit kanser usus besar berusia awal 50-an bertindak bijak apabila melakukan pemeriksaan selepas menyedari ada yang tidak kena pada dirinya.
Pesakit yang enggan dikenali itu berdepan petanda kanser usus besar dan pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidapnya, tetapi masih di peringkat awal.
Ballan berkata, jika kanser berjaya dikesan di peringkat awal, bentuk rawatan paling sesuai adalah pembedahan.
Katanya, selain kolonoskopi, pesakit perlu melalui pemeriksaanechocardiogram sebelum menjalani pembedahan.
“Tujuan pemeriksaan ini untuk mengesan keadaan jantung pesakit.
“Kebiasaannya, ujian ini disarankan oleh pakar sebelum atau selepas pembedahan dan hasil ujian dihantar kepada doktor terbabit (dengan pembedahan),” katanya.
Selepas pesakit menjalani dua pemeriksaan itu, pakar bius akan memainkan fungsi dalam membantu mengurangkan kesakitan pesakit selepas sedar daripada pembedahan.
Sebelum pembedahan dimulakan, insisi dibuat pada perut pesakit selepas kedudukan kanser di usus dikesan bagi memudahkan doktor mengeluarkan usus berkenaan.
Jika ketumbuhan pada kiri atau kanan usus, insisi melintang dilakukan tetapi jika ketumbuhan pada usus sebelah atas, insisi dilakukan dalam keadaan menegak.
Buang
Ballan berkata, pesakit dirawatnya dikesan ada ketumbuhan pada usus besar sebelah kiri dengan kedudukannya di bahagian hujung.
Katanya, sebahagian usus besar pada bahagian ini dibuang dan disambungkan semula.
“Usus besar dikeluarkan daripada perut supaya mudah diasingkan, manakala salur darah pada usus diikat dan diasingkan dengan teliti bagi mengelak kehilangan banyak darah.
“Lemak yang melekat pada usus besar perlu diasingkan, tetapi tidak perlu dibuang kerana ia berfungsi sebagai penebat usus,” katanya.
Untuk peringkat seterusnya, ketumbuhan dari usus akan dikeluarkan dan sel kanser yang terlekat di bahagian hujung akan dibersihkan.
Sejenis alat dikenali alat ditomi digunakan dan ia berfungsi sebagai alat pemotongan menggunakan arus elektrik yang mampu mengurangkan kerosakan pada salur darah serta masalah pendarahan.
Selepas itu, bahagian usus besar yang hendak disambung semula dibersihkan dan proses penyambungan dilakukan menggunakan sejenis alatan canggih, “stapler usus”.
Ballan berkata, penggunaan stapler ini menggantikan kaedah jahitan dan ia lebih efisien, mudah dan cepat.
“Alat ini juga mampu mengurangkan risiko kebocoran pada usus selepas penyambungan,” katanya.
Justeru, mana-mana pesakit kanser usus besar yang takut menjalani pembedahan kerana beranggapan rutin harian mereka dibelenggu dengan kolostomi, iaitu beg yang dilekat pada bahagian luar badan, tidak perlu bimbang lagi.
Ini kerana, dengan penggunaan stapler ini, kolostomi tidak perlu digunakan lagi, malah penggunaannya hanya tiga peratus dan bersifat sementara.
Apabila selesai proses penyambungan itu, insisi di bahagian perut pesakit terbabit dijahit semula, manakala spesimen yang dikeluarkan akan dibawa ke makmal untuk ujian biopsy.
Gejala biasanya bergantung kepada bagaimana kanser itu terjadi, antaranya:

1. Keluar darah melalui dubur bergantung kepada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan berwarna lebih pekat.

2. Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit, diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

3. Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.

4. Berat badan berkurangan tanpa sebab.

5. Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.

6. Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Kanserusustidakkenalketurunan/MA/Article#sthash.ilZSELyW.dpuf
Tanda kanser usus
Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas, tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:
  • Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
  • Najis bercampur darah.
  • Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).
  • Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
  • Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat.
  • Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.
- See more at: http://www.malaysiaedition.net/kanser-usus-seramai-610000-orang-meninggal-dunia-pada-tahun-2008/#sthash.KxRpYdZW.dpuf