Followers

Tuesday, April 1, 2014

Berhati-Hati Membeli Aprikot @ Cancer - B17



Maklumat yang sampai kepada saya setiap kapsul biji aprikot terdapat lebih kurang 3-4 biji aprikot sahaja. Untuk mereka yang tidak mampu kebiasaanya membeli kapsul biji aprikot yang dihasilkan oleh syarikat atau individu tempatan. Setiap botol harga kapsul aprikot dalam linkungan dari RM100 ke RM300 yang mengandungi dari 150 hingga 300 biji kapsul

Namun jika anda tidak berhati2 anda akan dapati sesetengah jenama kapsul aprikot dibuat dengan menggunakan biji aprikot yang bermutu rendah terutamanya biji aprikot dari China yang biasa digunakan untuk produk2 kosmestik. Oleh sebab itulah pihak-pihak ini boleh menjualnya dengan harga yang murah, kerana kos mereka adalah rendah.

Biji aprikot yang tidak pahit tergolong dalam tiada nilai-nilai "Vitamin B17" atau mempunyai kandungan vitamin B17 yang teramat rendah. Ia amat tidak sesuai dimakan mahupun untuk pencegahan kanser. Untuk memastikan biji aprikot yang anda beli adalah yang tulin ataupun tidak, anda dinasihatkan untuk membuka kapsul dan letakkan dilidah untuk memastikan tahap pahitnya.

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kualiti atau jenama yang tertera pada botol. Pastikan anda membeli kapsul aprikot dari syarikat yang mempunyai alamat pengeluar atau ada maklumat2 berkaitan syarikat dan produk  didalam website mereka.

Kerana biasanya mereka ada sijil "MAL" daripada  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tertera pada botol dan kotak pembungkusan produk mereka..

Terdapat juga kapsul aprikot dipasaran dihasilkan oleh individu tertentu secara haram dan ini tidak baik kerana risiko kebersihan semasa ia dihasilkan. Biji aprikot mudah dijangkiti kulat apabila ia dikisar jika anda tidak mengutamakan kebersihan semasa mengisikannya dalam kapsul.

Jika anda mempunya bajet yang rendah atau was was dengan kualiti kapsul aprikot adalah lebih baik anda memakan biji aprikot pahit secara mentah atau dikunyah. Biji aprikot pahit apabila anda telah membiasakan diri mengunyahnya, in shaa Allah... lama kelamaan rasanya yang pahit itu akan menjadi kebiasaan dan boleh dimakan setiap hari tanpa masalah.

Pesanan saya supaya anda berhati-hati dengan pembelian Kapsul Aprikot yang banyak terdapat dalam pasaran terutamanya melalui jualan online yang dihasilkan tanpa pengawasan dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Siasat dan buat pertanyaan terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang pembelian. Wallahuaklam....