Followers

Thursday, November 21, 2013

Cancer: MENGENAL UBAT YANG ADA STEROID #Cancer-B17

Cara-cara untuk mengenali ubat atau pemakanan tambahan yg mengandungi steroid.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi STEROIDS.

Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi STEROID ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta.

Setelah memakannya beberapa hari, berat badan akan bertambah dan muka menjadi tembam.

Untuk jangka masa panjang ia sangat merbahaya pada ginjal.


Oleh itu pastikan anda membeli ubat atau pemakanan tambahan yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Monday, November 11, 2013

Pembohongan Mengenai Kanser #Cancer-B17

Berita Gempar sebegini seharusnya dikongsi di Malaysia mahupun rakan negara jiran kerana ianya berkaitan kesihatan manusia.

Lebih-lebih lagi dengan kos RM690 juta
dibelanjakan untuk pembangunan Pusat Kanser di negara ini yang pasti pendekatan dan kaedah akan merujuk pakar-pakar dari luar negara termasuk dari Amerika (http://www.bharian.com.my/articles/Binainstitutkansergunaaplikasipintar/Article/)

Menurut satu laporan bulan Mei tahun ini oleh Institut Kanser Kebangsaan Amerika telah mengakui bahawa laporan berjuta-juta orang telah dirawat secara palsu berkaitan rawatan "cancer".

Jurnal Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Amerika mengesahkan dimana sebilangan besar orang-orang yang telah menjalani rawatan untuk kanser sejak beberapa dekad yang lalu ada antara mereka mungkin tidak perlu menjalani rawatan untuk penyakit tersebut.

Melalui kajian kerajaan telah mengenal pasti kedua-dua overdiagnosis dan misdiagnosis kanser sebagai dua punca utama kenapa wabak itu semakin meningkat, dimana ianya adalah rawatan yang sia-sia daripada berjuta-juta individu yang sihat dan telah disyorkan melalui kaedah kemoterapi, radiasi mahupun pembedahan.

Laporan itu memberikan kes Kanser Payudara sebagai contoh seperti karsinoma ductal (DCIS). Walau bagaimanapun, berjuta wanita telah didiagnosis dengan DCIS untuk kanser payudara, dan kemudiannya dirawat dengan rawatan yang sebenarnya tidak perlu. Begitu juga di kalangan lelaki, gred tinggi intraepithelial neoplasia prostatik (HGPIN), sejenis premalignant pelopor kepada kanser, biasanya dizalimi seolah-olah ia adalah kanser yang sebenar.

"Amalan onkologi di Amerika Syarikat telahpun mereformasi dan menimbulkan inisiatif untuk mengurangkan masalah overdiagnosis dan overtreatment kanser, menurut Medscape.com. Kumpulan itu berkata bahawa beberapa keadaan premalignant, termasuk karsinoma ductal dan tinggi gred intraepithelial neoplasia prostatik, tidak tergolong atau bukan digelar "kanser".

Rawatan kanser konvensional juga terbukti menjadi punca utama kanser

Ini sememangnya khabar yang amat mengejutkan memandangkan bahawa NCI adalah sebuah agensi kerajaan yang dibiayai sepenuhnya serta cenderung untuk memihak kepada diagnosis kanser konvensional dan model rawatan sedia ada.

Sebagai contoh, gelombang sinaran radioterapi ditemui oleh UCLA Jonnsson iaitu penyelidik Pusat Kanser agar mengubah sel-sel kanser payudara menjadi kanser malignan dengan memusnahkan sel dengan 30 kali lebih tinggi selepas rawatan.

Apabila badan sentiasa kekurangan nutrien misalnya, atau apabila ia menjadi terbeban oleh radiasi, karsinogen dan toksin lain daripada alam sekitar dan dari sumber makanan akan mengalakkan dan mengembangkan kanser sebagai tindak balas kepada serangan berbahaya.

Apa yang lebih buruk lagi ialah berjuta orang yang sihat telah dirawat dengan racun ubatan dan pancaran sinaran untuk keadaan yang mereka tidak pernah mempunyai pengetahuan mahupun edukasi mengenainya dan banyak menemui ajal selepas itu.

Sumber:
www.GreenMedInfo.com
www.jama.jamanetwork.com
http://science.naturalnews.com/

SILA KONGSI/SHARE JIKA ANDA SAYANGKAN NYAWA ORANG DISEKELILING ANDA ===

Friday, November 1, 2013

Tips Mencegah Cancer Payudara #Cancer-B17



Untuk perkongsian bersama...


Beberapa panduan untuk mengurangkan risiko kanser payudara / breast cancer.

Sumber : Dr Hamid Arshat

1. Jauhkan kegemokkan/obesity kerana lemak juga mengeluarkan hormon estrogen yg menggalak pertumbuhan kanser. Wanita gemok dan mengidap ovary bengkak PCOS ada risiko kanser rahim dan payudara.
2. Jauhkan penggunaan terlalu lama pil hormon yg mengandungi hormon estrogen saperti HRT atau pil perancang.
3. Makan lebih sayuran dan buahan. Jauhkan gula dan tepung putih. Makan ikan, dada ayam, telor dan sedikit daging merah sebagai sumber protin. Jauhkan deep fried dan bakar hangus.
4. Amalkan penyusuan bayi anda selama 2 tahun.
5. Jangan merokok dan minum arak.
6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari. Berjalan, jogging atau naik basikal.
7. Jika ada ahli keluarga terdekat yang ditimpa kanser payudara, Waspada dan ambil langkah2 tertentu. Bolih makan ubat untuk blok estrogen saperti tamoxifene atas nasihat doktor. Amalkan pemeriksaan sendiri payudara. Buat pemeriksaan ultrasound atau xray tomogram.
8. Makan multivitamins, vitamin E dan C, fish oil dan saya cadangkan supplement yang mengandungi resveraterol seperti jenama NuRev.
9. Bila mandi , amalkan tuam payudara dengan tuala suam panas dan mengurut sendiri payudara dari sekitaran luar kearah puting dan seterusnya basuh puting dengan sabun untuk menghilangkan kesumbatan pada saluran susu.
Selain daripada di atas semua orang di galakkan untuk mengambil pemakanan tambahan (supplement) bagi mencegah kanser (cancer) iaitu Vitamin B17. Dapatkan dan hubungi kami segera. Mencegah lebih daripada merawat.

Seperti saya, setelah mengamalkan Vitamin B17 (Apricot Seed) selama lima tahun, Alhamdulillah dan dengan keyakinan penuh kuasa penyembuhan segalanya daripada Allah SWT, saya kini telah di sahkan bebas cancer oleh Doktor (Ongkologist).

Yang benar
Zuraida Mohd
(Bekas Pesakit Breast Cancer)