Followers

Wednesday, October 30, 2013

Kanser Paru-Paru #Cancer-B17

Kebelakangan ini saya kerap menerima panggilan bertanyakan simptom untuk kanser paru-paru, di sini saya kongsikan maklumat untuk kebaikkan bersama dan juga sebagai langkah pencegahan. Apa jenis kanser pun jika dapat dikesan pada peringkat awal, kemungkinan untuk sembuh adalah lebih cerah jika dirawat dengan betul dan pesakit mempunyai daya tahan yang kuat serta motivasi diri yang tinggi.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis, hanya tawakal serta redha sahajalah kepada Tuhan.

Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Gambar X-ray dada pengidap kanser paru-paru (sebelah kanan)

Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenalpasti ialah:

1. Kemurungan (depresi) atau perubahan mood lain
Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

2. Selalu sakit yang berulang-ulang
Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab
Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

4. Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)
Terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

5. Keletihan luar biasa
Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

6. Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

7. Nafas pendek dan dada berbunyi
Tanda ini seperti orang astma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

8. Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar
Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

9. Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan
Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

10. Sakit dada, belakang, bahu dan/atau perut
Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Contoh tumor kanser paru-paru

Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit, batuk atau demam biasa).

Banyak kes di mana diagnosis bagi mengenal pasti kanser lewat dilakukan kerana pesakit hanya makan ubat sakit/batuk biasa dari klinik biasa. Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan pakar sakit kanser, masa ini agak sudah terlewat.

Oleh itu, diagnosis dan rawatan awal penyakit kanser amat penting. Semoga maklumat yang dikongsikan di sini bermanfaat kepada semua.

Tuesday, October 8, 2013

Penyebab Kanser... Kita Yang Lalai.#Cancer-B17


Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, mereka jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya mereka ini bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Thursday, October 3, 2013

Simptom Kanser Mulut #Cancer-B17

Tahun 2012 melabuhkan tirainya dengan cerita duka kematian artis FTV, Cecilia Vickend. Wanita berusia 26 tahun itu diserang kanser rongga mulut, dengan gejala awal sariawan yang tidak sembuh-sembuh. Ada kemungkinan penyakit itu menyerang kita juga.

Menurut doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Kartika Dwiyani, kadang-kadang pesakit kanser rongga mulut tidak menyedari keadaan yang dialaminya itu. "Pesakit tidak mengadu kesakitan," ujarnya.
Padahal menurut beliau, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang diserang kanser rongga mulut.

Pada awalnya tentu ada luka (merujuk pada keadaan tisu yang abnormal pada tubuh) awal kanser. Misalnya, muncul tompok putih (leukoplakia) atau tompok merah (eritroplakia) di rongga mulut dan luka (ulser) atau yang biasa dikenali sebagai sariawan. Ciri-ciri sariawan: bahagian tepinya terasa keras, ia berbonjol sedikit berbanding bahagian sekitarnya, bahagian dasarnya berbintil-bintil dan mengelupas, serta kadang-kadang mudah berdarah.

"Oleh kerana tiada rasa sakit, pesakit sering kali berjumpa doktor ketika kanser sudah dalam peringkat kritikal," ujar doktor lulusan Universiti Indonesia ini.

Justeru sekiranya tanda-tanda tersebut dialami, Kartika menyarankan agar pesakit segera berjumpa doktor pakar yang berkaitan, dan bukan doktor am.  Jika cuma sariawan, ia boleh sembuh dalam tempoh 7-10 hari atau dirawat dengan ubat seperti ubat antiradang.

Menurut Kartika lagi, kanser rongga mulut berpunca daripada faktor lokal, luaran serta pesakit sendiri. Faktor lokal meliputi kebersihan mulut. Ini berkaitan dengan kekerapan memberus gigi dan rawatan gigi berlubang. Keradangan kronik boleh berlaku kepada pesakit yang keadaan kebersihan mulutnya amat buruk.

"Keradangan kronik yang berlaku di rongga mulut adalah faktor risiko berkembangnya kanser rongga mulut," tegasnya. Bagi faktor luaran, Kartika menjelaskan yang punca utamanya ialah kebiasaan merokok dan minum alkohol. Penyelidikan di Sepanyol pada 2004 mendapati perokok dan peminum alkohol mempunyai risiko 50 kali ganda lebih tinggi untuk diserang kanser rongga mulut berbanding individu bukan perokok dan peminum alkohol.

Mengapa ini terjadi? Ahli Persatuan Pakar Perubatan ENT Indonesia itu menjelaskan, tembakau yang terdapat dalam rokok mengandungi kira-kira 50 bahan karsinogenik iaitu bahan yang mencetuskan kanser kerana kemampuannya merosakkan metabolisme sel.

Sementara alkohol pula berperanan sebagai larutan yang dapat mendedahkan mukosa terhadap bahan karsinogenik. Ini mengakibatkan penyerapan bahan pencetus kanser ke dalam mukosa rongga mulut. 



"Zat dalam alkohol juga boleh mengganggu metabolisme sel dalam tubuh, misalnya sel rongga mulut," katanya. Bahkan, pendedahan kepada sinar ultraungu yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kerosakan sel sehingga mencetuskan kanser.  Selain sinar ultraungu, pemakanan juga boleh menjadi faktor risiko terjadinya kanser rongga mulut.
Jangkitan virus papiloma manusia (HPV). Jangkitan ini tiada gejala dan boleh disebarkan melalui hubungan seks atau melalui ibu kepada bayi yang dilahirkannya.

Individu yang dijangkiti HPV juga boleh sembuh sendiri tanpa menimbulkan sebarang gejala apapun. HPV dapat menghasilkan protein yang boleh mengganggu metabolisme sel normal, sehingga mencetuskan kanser.

"Kanser rongga mulut yang berkaitan dengan jangkitan HPV biasanya berlaku pada usia muda," kata Kartika.

Sementara itu, punca dari dalam diri pesakit sendiri yang menjadi risiko terjadinya kanser rongga mulut ialah faktor genetik atau keturunan. Dari segi usia, kanser rongga mulut biasanya berlaku pada pesakit yang berusia lebih 55 tahun.

"Namun ia boleh berubah mengikut banyaknya jangkitan HPV tadi," katanya.

Lantas, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Kartika menekankan bahawa tidak semua kes kanser rongga mulut boleh dielakkan. "Tetapi kita boleh mengurangkan faktor risiko penyebabnya," jelas beliau.

Salah satu caranya adalah mengelakkan tabiat menghisap rokok dan minum alkohol.  Pemakanan yang sihat serta mengurangkan pendedahan langsung kepada sinar ultraungu juga dapat mengurangkan faktor risiko penyebab kanser.