Followers

Friday, June 28, 2013

Kanser Buah Pinggang (Ginjal). #Cancer-B17

Kanser buah pinggang peringkat serius atau sel renal karsinoma (RCC) berlaku apabila sel-sel buah pinggang menjadi bertambah parah dan tumbuh di luar kawalan.Dalam kebanyakan kanser buah pinggang, tumor akan mula kelihatan pada lapisan saluran halus dalam buah pinggang.

Tanda-tanda yang biasa kelihatan dalam RCC termasuklah darah dalam air kencing (haematuria), kelesuan, hilang berat badan, anemia, dan sakit atau ada kelompok pada sisi atau pada bahagian bawah belakang. Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes kanser ini, ia tidak mudah dikesan semasa pemeriksaan fizikal sehingga ia sudah berada pada peringkat lewat penyakit itu.

Faktor ini menyebabkan pesakit tidak menyedari mereka menghidap kanser ini pada peringkat awal.
Ini menyebabkan kebanyakan kes sampai ke peringkat serius (peringkat ketiga dan keempat) apabila penyakit dikesan. Malah, ia dikesan selepas pesakit mengalami pelbagai gejala kesihatan.


Walaupun kanser ini tidak popular seperti kanser payu dara atau prostat, jumlah pesakit semakin meningkat di kalangan warga emas lelaki berumur 60 hingga 69 tahun. Ia dikategorikan sebagai 10 kanser utama yang menyebabkan kematian.

Pada 2002, kira-kira 208,000 orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini (dan 37,000 daripadanya rakyat Amerika) serta 102,000 meninggal dunia. Jumlah pesakit kanser buah pinggang di Amerika Syarikat tahun lalu dianggarkan 36,000 orang dan 40 peratus daripadanya berakhir dengan kematian.
Sehingga hari ini, lebih 57,000 kes kanser buah pinggang dikesan di Amerika dan dianggarkan 13,000 pesakit akan meninggal dunia walaupun mendapat rawatan.

Secara global, kanser buah pinggang adalah kanser keenam paling lazim (terutama pada peringkat III dan IV) di dunia selepas kanser paru-paru, payu dara, kolorektal, prostat dan hati. Di Malaysia, kanser ini di tangga ke-17 bagi lelaki dan ke-20 bagi wanita dan kemungkinan menghidap kanser buah pinggang meningkat dengan cepat selepas berumur 40 tahun.

Terdapat lebih kurang 383 kes-kes barah buah pinggang dan organ pembuangan air kecil sejak 2006 . Di kalangan orang dewasa, RCC adalah penyebab utama bagi 85 peratus kanser buah pinggang dan hampir 30 peratus daripada pesakit-pesakit dengan RCC mempunyai barah metastatik pada peringkat diagnosis.

Tumor barah sel ginjal lanjut;

Perunding Onkologi Klinikal, Datuk Dr. Mohd Ibrahim A Wahid, berkata, RCC adalah jenis barah ginjal yang serius tetapi jarang dijumpai. Ia adalah antara tumor yang paling kalis rawatan, dengan kadar kelangsungan hidup lima tahun sekitar 68.9 peratus sahaja.

Kebiasaannya mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, suka merokok, tekanan darah tinggi serta menghidap penyakit buah pinggang adalah golongan paling berisiko mendapat RCC.

"Sehingga tahun 2005, pilihan rawatan yang boleh didapati adalah terhad. Rawatan utama untuk peringkat awal RCC adalah pembedahan untuk membuang barah daripada tubuh.

Walaubagaimanapun, daripada pesakit yang telah didiagnos dengan RCC, kira-kira 25 peratus hingga 30 peratus akan kembali menghidap barah selepas pembedahan dan memerlukan rawatan lanjut melewati pembedahan," ujarnya.

Mencegah lebih baik daripada merawat.... maka amalkan pemakanan tambahan Vitamin B17.

Monday, June 24, 2013

Tanda-Tanda Anak Anda Menghidap Kanser #Canser-B17

Kanser pada dasarnya merupakan penyakit yang boleh diubati dan sembuh jika dapat dikesan sejak peringkat awal dan kemungkinan sembuhnya mencapai 80%. Maka, penting bagi orang tua khususnya untuk mengenal pasti tanda-tanda kanser sejak awal lagi.

Kanser, secara umum terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama merupakan kanser jenis cair iaitu darah dengan istilah leukemia, dan yang kedua adalah kelompok tumor padat.

Tumor padat dapat ditemui hampir pada semua organ tubuh seorang anak, dari kepala sampai hujung kaki. Ibu bapa biasanya dapat mengesan tumor atau benjolan pada tubuh seorang anak semasa memandikannya. Ketika menemui benjolan, maka orang tua perlu memeriksanya di klinik untuk mengonfirmasi benjolan tersebut sama ada kanser atau bukan.


Berikut adalah perkara-perkara yang harus diamati orang tua apabila melihat atau meraba benjolan seperti yang disalin dari buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal".



1. Mata 
Anda harus curiga apabila mata anak anda seperti mata kucing, matanya merah, terjadi gangguan penglihatan atau juling. Biasanya ibu bapa akan memberikan ubat tetes mata yang dijual bebas di pasaran. Orang tua boleh saja melakukan tindakan tersebut, namun apabila dalam tempoh tiga hari tidak ada perubahan, segera ke klinik atau hospital. Kemungkinan itu bukan merupakan penyakit mata biasa, melainkan gejala awal dari kanser bola mata (retinoblastoma).

2. Leher
Waspada apabila menemui benjolan di leher seorang anak yang bertambah besar dalam waktu singkat. Biasanya anak tidak mengeluh kesakitan apabila benjolan tersebut ditekan atau dipegang. Berbeza dengan benjolan yang timbul akibat infeksi, biasanya akan terasa sakit apabila ditekan atau dipegang dan terasa panas apabila diraba.

Infeksi pada gigi dan telinga juga dapat menyebabkan benjolan dengan karakteristik seperti tersebut di atas. Dapatkan nasihat doktor untuk kepastian jenis benjolan.


3. Paru 

Jika anak anda didapati sesak nafas dan setelah dilakukan foto dada ternyata ditemukan sel kanser pada paru-parunya, jangan berpifikiran bahawa anak ini terkena kanser paru-paru. Tidak ada kanser paru pada anak. Keadaan ini biasanya merupakan akibat dari penyebaran suatu jenis kanser tertentu ke paru-paru. Salah satu jenis kanser pada anak yang dapat menyebar ke paru-paru adalah kanser tulang.

4. Perut 

Secara fizikal, perut anak akan kelihatan membuncit dan apabila ditekan akan terasa suatu benjolan. Jika menemukan kes demikian, segeralah buat pemeriksaan anak dengan doktor.
Hal lain yang perlu diperhatikan orang tua adalah jangan terlalu kerap menekan perut anak yang makin lama makin membesar kerana ini hanya akan mempermudah penyebaran.

5. Alat kelamin
Alat kelamin yang dimaksudkan adalah alat kelamin anak lelaki. Secara fizikal, testis kanan dan kiri seperti tidak sama besar.  Testis yang terkena biasanya keras, dan tidak ditemui tanda-tanda infeksi. Kanser pada organ testis, sama halnya paru-paru merupakan akibat penyebaran dari suatu jenis kanser tertentu ke testis. Jenis kanser yang dimaksudkan yang dapat menyebar ke testis adalah kanser darah (leukemia).

6. Tangan atau kaki
Waspada apabila terlihat ada bengkak pada tangan atau kaki. Pembengkakan ini biasanya disertai dengan demam atau sakit.

7. Otak
Benjolan pada otak memang tidak dapat dilihat mahupun diraba. Walaupun demikian, orang tua tetap dapat meengawasi gejala kasker otak dengan melihat kesan yang ditimbulkan akibat adanya suatu benjolan pada otak. Gejala-gejala tersebut, antara lain adalah pening, muntah, lumpuh, dan gangguan keseimbangan.

Monday, June 17, 2013

Kesan Anjinomoto Pada Manusia #Kanser-B17

Di bawah ini adalah beberapa kesan sampingan MSG pada kesihatan manusia;

Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dapat dilihat selepas 16 bulan.

Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.

Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus dan senyap.

Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto" kesannya Pada Buah Pinggang. Dan saya rasa, mungkin inilah antara punca ramai yang berumur 20-an dah kena sakit buah pinggang..!!!

Penat buah pinggang kita untuk menapis (filter) racun yang kita makan setiap hari. Ajinomoto, pengawet, perasa, pewarna, itu semua adalah racun dalam makanan.

Sumber racun paling famous dikalangan budak-budak asrama, kolej dan universiti ialah mee maggie..!!!


Ianya MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP!

Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang suatu hari nanti..!!!!


Nauzubillah...

Thursday, June 13, 2013

Kajian Pakar Kanser tentang Vitamin B17 #Kanser-B17

Di bawah ini adalah beberapa kesan sampingan MSG pada kesihatan manusia;

Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dapat dilihat selepas 16 bulan.

Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.

Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus dan senyap.

Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto" kesannya Pada Buah Pinggang. Dan saya rasa, mungkin inilah antara punca ramai yang berumur 20-an dah kena sakit buah pinggang..!!!

Penat buah pinggang kita untuk menapis (filter) racun yang kita makan setiap hari. Ajinomoto, pengawet, perasa, pewarna, itu semua adalah racun dalam makanan.

Sumber racun paling famous dikalangan budak-budak asrama, kolej dan universiti ialah mee maggie..!!!


Ianya MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP!

Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang suatu hari nanti..!!!!


Nauzubillah...