Followers

Friday, January 11, 2013

JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI #Kanser-B17


Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

Saturday, January 5, 2013

Tahukah Anda..??? #Kanser-B17

Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka?

Tahukah anda sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda hingga tahap bilion.

Apabila seseorang diberitahu bahawa dirinya telah bebas daripada sel kanser, ia cuma memberi makna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Kanser merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser.

Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik. Oleh itu, jadilah seseorang yang mempunyai sifat penyayang dan pemaaf serta belajar untuk relaks.

Nikmatilah hidup anda tanpa rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. Vitamin B17 dikatakan mampu merawat & mencegah kanser.

Bagi sesetengah individu agak sukar untuk mempercayainya. Namun, sebenarnya Vitamin B17 ini telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser. Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya Biji Aprikot.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.