Followers

Saturday, September 29, 2012

Apakah "Soya" Baik Untuk Manusia?


Soya adalah bijirin yang paling tidak sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Manfaat soya yang diwar-warkan ialah pembohongan besar oleh pihak industri pemakanan kepada pengguna.

Selain daripada gula, soya ialah penyebab utama perut boncit. Menurut saintis pemakanan, soya yang selamat dimakan hanyalah TEMPEH dan TOFU. Ini kerana melibatkan proses fermentasi yang memusnahkan bahan bahaya soya, iaitu ISOFLAVONES atau PYTHO-OESTROGEN.  Bahan makanan dari soya yang lain adalah berbahaya. 

Tahukah anda SOYA mengandungi cukup banyak bahan aktif PHYTO-OESTROGEN semulajadi ( tabii ) yang memberi beberapa kesan besar kepada kanak-kanak dan orang dewasa:
=> telah dikenalpasti melembabkan sperma sehingga ia mati dan gagal mencapai telur-telur di dalam rahim wanita
=> telah dikenalpasti menyebabkan kerosakan kepada kelenjar thyroid
=> telah dikenalpasti sebagai penyumbang besar kepada kejadian tumor cancer buah dada
=> telah dikenalpasti sebagai penyumbang yang membantutkan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan
=> telah dikenalpasti melembabkan pemikiran pada kaum lelaki
=> telah dikenalpasti menurunkan tahap hormon testosterone pada kaum lelaki
=> telah dikenalpasti mempercepatkan kanak-kanak perempuan datang haid.
=> telah dikenalpasti melambatkan kanak-kanak lelaki daripada akil baligh dan mumayyiz
=> telah dikenalpasti memusnahkan zat besi dan zinc daripada badan yang diperlukan otak
=> ada banyak lagi mudarat.

Ada banyak alternatif lagi baik daripada soya, jika soya itu diperlukan sangat. Contohnya bagi bayi yang alah susu, masih ada hydrolised cow's milk. Bagi yang tidak mahu lemak dalam susu, masih ada low fat milk.

Malangnya, di dalam industri masakini, boleh dikatakan semua makanan proses ada soya. Antaranya ialah LECITHIN, iaitu emulsifier yang digunakan dengan amat meluas sekali. 

Walaupun kita tidak dapat mengelakkannya lagi, namun kita boleh elakkan SOYA yang jelas memang SOYA. Hindarkannya sejauh mungkin. Kalau suka sangat, sikit-sikit sudahlah.

Kita perlu ambil tahu apa yang kita masukkan ke dalam mulut, seperti yang dinasihatkan Rasulullah SAW.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum... B17 sesuai tak untuk pesakit SLE.?