Followers

Tuesday, April 10, 2012

PEMBERITAHUAN - BERCUTI.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebagaimana yang dimaklumkan kepada semua pengamal dan pelanggan setia D' Apprikot Enterprise melalui pesanan khidmat ringkas (sms) beberapa hari yang lalu. Di sini saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk memaklumkan kepada semua.

Untuk makluman kepada semua pembaca, mulai hari ini - 10 April 2012 sehingga 24 April 2012 saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Umrah selama 2 minggu.

Dalam tempoh ini sebarang urusan pertanyaan, jualan/pembelian Vitamin B17 (Aprikot) akan ditangguhkan selama 2 minggu. Kami akan beroperasi semula pada 25 April 2012.

Saya dan isteri juga memohon maaf jika ada tersalah silap atau keterlanjuran bahasa sepanjang berurusan, dan maaf juga kepada semua pembaca/pembeli atas segala kesulitan ini.

Insyallah... kita akan berjumpa lagi pada 25 April 2012.

Terima kasih.
Mohd Faizal Johari dan Zuraida Md. Mohyeddin

Wednesday, April 4, 2012

Kanser Boleh Menyerang Sesiapa Sahaja.

Kanser boleh menyerang sesiapa saja, baik muda, tua, kaya, miskin, lelaki, wanita dan kanak-kanak. Di Hari Kanser Sedunia yang jatuh pada setiap tanggal 4 Februari, kanser masih menjadi punca utama kematian di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya ada 5 jenis kanser yang paling banyak membunuh lelaki dan wanita.

Kanser merupakan salah satu punca utama kematian global dengan angka mencapai 13 peratus (7.4 juta) dari semua kematian setiap tahun. 70 peratus daripada kematian akibat kanser berlaku di negara berpendapatan rendah dan menengah.

Kanser adalah pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan menyebar. Pertumbuhan kanser sering menyerang rangkaian di sekitarnya dan boleh menular (penyebaran kanser) ke tempat yang jauh.

Ada lebih dari 100 jenis kanser yang boleh menyerang hampir semua bahagian tubuh. Tapi banyak jenis kanser yang sebenarnya boleh dicegah dengan mengelakkan paparan faktor risiko am, seperti asap tembakau.

Berikut ini 5 jenis kanser yang paling banyak membunuh lelaki dan wanita di seluruh dunia, seperti dipetik dari laman WHO (World Health Organization), Sabtu (4/2/2012):
Kanser pada lelaki
1. Kanser paru-paru
2. Kanser perut
3. Kanser hati
4. Kanser kolorektal (usus besar)
5. Kanser esofagus (kerongkong)

Kanser pada wanita
1. Kanser payudara
2. Kanser paru-paru
3. Kanser perut
4. Kanser kolorektal
5. Kanser serviks (pangkal rahim)
Di negara-negara membangun, kanser serviks merupakan kanser yang paling biasa menyerang.

Penggunaan tembakau merupakan penyebab terbesar kanser di seluruh dunia, yang menyebabkan 22 peratus kematian akibat kanser. Seperlima dari semua kanser di seluruh dunia disebabkan oleh jangkitan kronik, misalnya human papillomavirus (HPV) menyebabkan kanser serviks dan virus hepatitis B (HBV) menyebabkan kanser hati.

Kanser perkaitan kesihatan awam yang utama seperti kanser payudara, kanser serviks dan kolorektal boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secara memadai.

Lebih dari 30 peratus kanser boleh dicegah, terutama dengan tidak menggunakan tembakau, mempunyai pola makan yang sihat, secara fizikal aktif dan sederhana penggunaan alkohol. Di negara-negara membangun hingga 20 peratus kematian kanser dapat dicegah dengan imunisasi terhadap jangkitan HBV dan HPV.