Followers

Monday, January 30, 2012

Ulaman Penyembuh Kanser.

Terdapat 3 jenis ulaman dari golongan herba iaitu Pegaga, Selom dan Ulam Raja yang telah dikaji untuk menentukan kandungan antioksidan dan vitamin antioksidan serta kesan ulam tersebut terhadap perencatan sel barah.

Daun Pegaga.
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica, mempunyai aroma yang unik dan rasa yang pahit.Pegaga telah digunakan secara tradisional untuk mengubati alergi, kanser, cirit birit, merangsang peredaran darah, mengurangkan panas badan, merawat kusta, gonorea, menyembuhkan luka, ulser, lelah, kencing berdarah, reumatisme, dan sakit tekak.


Daun Selom.
Oenanthe javanica atau selom sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetis atau kencing manis.


Daun Ulam Raja.
Cosmos caudatus adalah nama botanical bagi ulam raja. Kelebihannya ialah pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Dari kajian UPM, ulaman Malaysia seperti ulam pegaga mempunyai paras antioksidan keseluruhan yang sangat tinggi, diikuti selom dan ulam raja. Ulam-ulaman ini juga menunjukkan paras antioksidaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan vitamin E(alfa-tokoferol) dan vitamin C (asid askorbik).

Vitamin E dan C merupakan bahan yang diketahui umum mempunyai tahap antioksidan yang sangat tinggi. Bagi kandungan vitamin antioksidan pula, selom mempunyai kandungan vitamin A dan karotenoid yang tertinggi, diikuti oleh ulam raja dan pegaga.

Selom juga mempunyai tahap yang tinggi dalam kandungan vitamin C, diikuti oleh pegaga dan ulam raja.

Ketiga-tiga ulam ini telah diuji kesannya terhadap sel kanser menggunakan kaedah invitro atau kaedah kultur tisu. Pegaga telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon atau kanser usus dan kanser payudara. Selom juga mampu membunuh sel kanser kolon dan payudara. Ulam raja pula menunjukkan kesan perencatan pertumbuhan bagi kanser kolon sahaja. Ulam-ulaman ini juga tidak menunjukkan kesan toksik terhadap sel yang normal.

Tuesday, January 10, 2012

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER



Salam Kepada Pembaca,

N3 kali ini saya petik dari blog (Resepirahsiaku.com) dimasukkan MP3 bagi lapan (8) surah-surah berikut atas permintaan seorang hamba Allah yang sedang mengidap penyakit kanser yang kronik. Pada N3 yang lalu, captain hanya muatkan surah-surah tanpa MP3 dan mungkin ada pembaca yang tidak dapat membaca dengan betul. InsyaAllah, dengan adanya MP3 mengikut surah dari ayat-ayat tersebut. Dapatlah hamba Allah ini mulakan baca 8 surah dengan baik, semuga Allah SWT menyembuh penyakitnya selain berikhtiar dengan perubatan moden.

Download 8 Surah MP3 - sila klik ke Blog Resepirahsiaku.com.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser.

Semuga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya. Sekiranya terdapat kerosakan pada MP3, sila maklumkan untuk diperbetulkan.
1. SURAH AL MAIDAH (AYAT 82-91).


2. SURAH AL ARAAF (AYAT 70-81).


3. SURAH AL RAAD (AYAT 16-28).


4. SURAH AN ANBIYAA (AYAT 38-50).


5. SURAH ASY SYU'ARA (AYAT 185-227).


6. SURAH AZ Zummar (AYAT 42-52).


7. SURAH GHAFIR (AYAT 67-77).


8. SURAH AZ ZUKHRUF (AYAT 52-70).


Insyallah dengan berkat dan usaha secara lahiriah serta rohaniah, kesengsaraan yang ditempuhi ini akan sembuh jua hendaknya. Bersama-samalah kita berdoa kehadratnya.

Wasallam.

Sunday, January 8, 2012

Cancer B17 - Kesannya.


Did you know a doctor named Dr. Dean Burk had reported in tests done on animal tissue that with Laetrile there were no harmful effects on the healthy cells?

He also stated in 1971 at the Seventh International Congress of Chemotherapy that "Laetrile" appears to work against many forms of cancer including lung cancer.

And it is absolutely non-toxic. His reports on Laetrile are very encouraging. It's very interesting to know he was not a physician but a biochemist. Dr. Burk was another very well knows doctor with a great deal of prestige.

You can read more about him in the book "World Without Cancer", by G. Edward Griffin OR...

Watch "The Ultimate Cancer Cover Up Video",

Read the Ultimate One Page Cancer Report free, and

Download "The Miracle Mineral Book" Part 1, all at no cost at the next link now!
http://ecuadoremail.net/click.html?x=a62b&lc=WxXs&mc=BF&s=QesjO&y=W&

To read testimonies from cancer survivors who used Vitamin B17 click the next link...

http://ecuadoremail.net/click.html?x=a62b&lc=WxX1&mc=BF&s=QesjO&y=i&

To Your Good Health,
Perry-James: Cole
1 Cure 4 All Cancer, 707 White St., Pahrump, Nevada 89048, United States

Monday, January 2, 2012

Berkhatan Elak Kanser Serviks


Lelaki bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang berkhatan.

Kajian tersebut mendapati pasangan lelaki Yahudi tidak dijangkiti kanser berkenaan. Selain aktiviti sosial, faktor lain yang menyumbang terhadap kanser tersebut ialah merokok dan jangkitan virus Human Papilloma (HPV).

Virus Human Papilloma (HPV)

Bagi mengelakkannya, pelalian HPV boleh dilakukan kepada lelaki terutama bagi yang terdedah dengan aktiviti seks seawal 15 tahun. Bagaimanapun, mereka disaran untuk berkhatan bukan sahaja mengelakkan jangkitan kanser serviks malah mengekalkan faktor kesihatan yang lain.

Kajian juga menunjukkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun kurang terdedah kepada ancaman penyakit itu selain berada pada tahap imunisasi yang tinggi. Pada usia tersebut remaja perempuan masih lagi dianggap belum terdedah dengan hubungan seksual dan risiko jangkitan HPV.

Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins juga membuat kajian dan mendapati pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.

Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr. Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.

Dr Maria Wawer

“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan."

Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.

Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher.

Berkhatan Dalam Islam.

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Yahudi juga mengamalkan berkhatan

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin', kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Mencegah lebih diutamakan di dalam Islam berbanding merawat.
Indahnya Islam.