Tuesday, October 25, 2011

Harapan Buat Pesakit Kanser Tahap 4.


[Bernama] KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia.

Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini.

Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang.

Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser.

Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit.

Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.

Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat.

"Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya.

Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor.

Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar.

Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser.

Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu.

Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya.

Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas.

Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang.

Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat.

Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal.

Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000.

Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat.

4 comments:

Anonymous said...

Adakah ia berkesan Muka pesakit Sudah berada tahap 3 kanser tulang Dan bgaimana cara nk mndapatkn rawatan itu

Chad Gilbert said...

setiap penyakit ada penyelesaiannya. insyaallah. saya pernah jumpa orang yang mengamalkan vivix dari produk shaklee sembuh. klik pada laman untuk bacaan lebih lanjut. semoga kita semua mendapat manfaat darinya.

Kimie Xishleto said...

Bagaimana untuk kanser hati tahap 3???

Unknown said...

Saya pun mempunyai masalah seperti anda..masih buntu mencari rawatan yang seauai..anda?

CADANGAN PEMAKANAN B17 - APRICOT SEED

Di syorkan bagi pengambilan Biji Aprikot Mentah;

Pengidap Kanser : 7 - 15 biji setiap kali pengambilan : 3 kali sehari @ setiap 8 jam.

Pencegahan Kanser : 7 biji - Pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.

* Dimakan begitu sahaja atau boleh juga di blender dengan sebarang jenis buah-buahan

* Insyaallah anda tidak di hadapi Kanser SEUMUR HIDUP ANDA (Dengan Izin Allah)

Mulakan pengambilan seawal jam 4 pagi; ini merupakan waktu yang paling lemah bagi sistem pertahanan sel kanser.

Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau nenas (untuk memudahkan B17 bekerja), 15-30 minit sebelum makan B17 Apricot Seed. Atau 7 - 15 biji aprikot diblender dengan ½ biji apple + 2 gelas air (mineral) tanpa gula.

(Tatacara di atas adalah alternatif pengambilan B-17 kepada sesiapa yang tidak tahan dengan rasa pahit dan bau yang kurang menyenangkan apabila mengunyah biji aprikot mentah)

Kaedah Penjagaan Biji Aprikot : Simpan dalam bekas kedap udara.

Kaedah Penjagaan Biji Aprikot : Simpan dalam bekas kedap udara.
Nota: Lain-lain makanan yang mengandungi B17, kacang hijau, ubi kayu, brokoli, rebung & daun betik

Informasi: Biji Aprikot Mentah (Organik bebas toksin) yang di jual.

Berat bersih : 1000 gram.
Kuantiti : 1900 - 2000 biji (Lebih Kurang)
Harga :RM120.00 sepaket

Cadangan Pemakanan Biji Mentah Aprikot:
Pengidap Kanser :

7 - 15 biji setiap kali pengambilan : 3 kali sehari.

Pencegahan Kanser :
7 biji - Pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.

* Dimakan begitu sahaja atau boleh juga di blender dengan sebarang jenis buah-buahan.

MAKNA Research's Mission


"We must prevent cancer initiation whenever possible, eliminate it in early stages when it does occur, and help cancer patients live with, rather than die from, the disease"