Followers

Tuesday, June 28, 2011

Merawat Kanser - Penyelidikan.


Vitamin B17 berada di pasaran Negara kita, ramai orang terkejut, betul ke kanser ada penawar?.

Betul ke kanser boleh di sembuhkan ? Ramai yang tidak percaya kanser boleh di sembuhkan. “Allah yang menurunkan penyakit maka Allah juga yang menyembuhkanya”

Cuma kita sahaja yang tidak bertemu dengan ubat yang betul. Ramai orang yang tidak percaya bahawa kanser dapat di sembuhkan 100%. Mereka ingin bukti secara ilmiah bahawa kanser benar-benar boleh di sembuhkan. Apa yang mereka inginkan adalah:

Apakah B17 telah di uji di makmal dan apakah hasil ujian makmal terhadap B17. Adakah vitamin B17 bekerja di makmal?

Pada 1953 para penyelidik penyakit kanser di California melapurkan, dalam lapuran tersebut mereka menggunakan dosis B17 atau Amygdalin atau laetrile jauh lebih rendah dari yang di guankan saat ini ( dibawah 1500mg sehari ) lapuran tersebut menunjukan " 100% pesakitnya yang dikaji berkata ada peningkatan dalam erti kesejahteraan dalam hidup, nafsu makan semakin meningkat, mendapatkan berat badan yang sempurna , dan penurunan rasa kesakitan dengan cepat sekali...”

Selama lima tahun, antara tahun 1972 dan 1977 Vitamin B17 di uji lagi dengan standard ujian yang sangat ketat di uji di Sloan-Kettering Institute for Cancer Research di Manhattan bawah penyeliaan dan arahan Dr Sugiura.

Maknanya setelah melalui proses ujian selama 5 tahun, barulah mereka mendedahkan hasil ujian mereka pada masyarakat umum hasilnya sangat menggemparkan.

B17 berjaya berhentikan metastasis (penyebaran kanser) pada tikus. meningkatkan tahap kesihatan mereka secara umum. B17 berjaya menghalang pertumbuhan tumor kecil. B17 berjaya menghilangkan rasa sakit 70% pengidap kanser. sebagai agen pencegahan kanser 100%.

Setelah memperoleh keputusan yang positif daripada penyelidikan yang di lakukan oleh Dr Sugiura selama 5 tahun. Mendorong dua orang doktor untuk melakukan penyelidikan yang sama terhadap B17 ini, mereka telah melakukan penyelidikan dengan lebih mendalam dengan menambah oral atau dengan suntikan - seperti yang biasa dilakukan oleh doktor laetrile - dan melaporkan kesembuhan 100% antara tikus Switzerland albinonya yang telah di uji.

Penemuan ini tidak menyenangkan Sloan-Kettering Institute for Cancer Research di Manhattan yang sangat berharab agar dapat mencipta ubat kanser bukan dari bahan semula jadi. Tidak ada wang boleh dilakukan jika jawapannya boleh ditemui dalam enzim makanan dan vitamin.

Mereka memerintahkan agar penyelidikan dilakukan sekali lagi dengan menukar parameter sehingga mereka boleh mengatakan "laetrile tidak bekerja".

Cerita sepenuhnya boleh anda dapati dengan membaca buku World Without Cancer. Mengapa mereka masih sukar untuk menerima sebuah kebenaran? Jawapannya adalah kerana “wang”.

Ross PELTON, R. Ph, PhD, dan Lee Overholder PhD, Alternatif di Terapi Kanser (Simon & Schuster, New York 1994), mengutip kajian makmal berikut:

Dalam sebuah kajian yang ditaja oleh Yayasan McNaughton di San Ysidro, California, laetrile disuntik ke haiwan makmal dengan dos 500mg. Mendapati jangka hayat kehidupan haiwan yang dirawat laetrile adalah 70% lebih lama berbanding dengan haiwan yang tidak di rawat.

Hasil penyelidikan ini telah di bentangkan pada “lapuran laetrile” pada bulan Julai 1977. Kajian yang dilakukan di Institut Pasteur di Paris, dengan menggunakan model tikus dengan kanser adenokarsinoma, menunjukkan bahawa tikus yang dirawat laetrile selamat dua kali ganda.

Pada tahun 1977 Dr Harold Manner mendedahkan hasil kajian yang di lakukan Universiti Loyola di Chicago. Dalam sebuah kajian dengan 84 tikus, 75 mengalami regresi lengkap tumor payudara, dan sembilan lain menunjukkan regresi separa.

Wednesday, June 22, 2011

Kisah Gadis Penjual Cd dan Pesakit Kanser.


Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang terakhir buat kita...

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita namakannya sebagai Adam. Dia kini berusia 17 tahun dan dijangka menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkan oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya.

Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya dan ibunya bersetuju. Adam tidak pergi jauh, hanya berjalan sekitar deretan kedai berhampiran rumahnya.

Tiba-tiba Adam berhenti di hadapan sebuah kedai muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, Adam terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Kaki Adam terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada Adam sambil bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala Adam hanya ada senyuman paling manis pernah dilihatnya selama 17 tahun ini. Adam tergamam buat seketika sebelum menjawab dengan nada suara yang agak bergetar (gagap):

"Saya nak beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya menyeluk saku mengeluarkan wang untuk bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu lagi bersama senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Adam hanya mampu mengangguk. Si gadis meminta diri untuk ke bilik belakang. Sekali lagi Adam menganggukkan kepalanya.

Sejak hari itu, saban hari Adam akan berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu jugalah, dia akan membeli CD yang dibalut cantik oleh gadis itu. Adam pula, sekembalinya ke rumah tidak pernah membuka CD-CD yang dibelinya itu dan hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan Adam untuk bertemu gadis itu. Adam seorang anak muda yang sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar, namun lidahnya kelu. Ibu Adan perasan dengan apa yang berlaku dan sentiasa memberikannya galakan.

Pada suatu hari, Adam nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai muzik dan membeli Cd dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. Semasa si gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di bilik belakang, Adam meninggalkan nombor telefonnya di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, Adam tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Setelah dua hari berturut-turut Adam tidak muncul di kedai tersebut, lantas si gadis cuba menghubunginya menggunakan nombor telefon yang Adam tinggalkan dua hari lepas.

Si ibu yang menjawab panggilan tersebut. Si gadis meminta untuk bercakap dengan anak lelakinya dan si ibu mula menangis. Gadis itu bertanyakan apa yang telah berlaku?

"Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia dua hari lepas..."

Untuk sekian lama, yang ada hanyalah diam yang panjang. Pada sebelah petangnya, ibu Adam memasuki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan Adam. Dia membuka almari dan terperanjat melihatkan cd-cd yang berbalut kemas tanpa satu pun darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan untuk meleraikan persoalannya itu, si ibu membuka salah satu daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkan di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka cd- cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi helaian kertas yang tertulis mesej serupa.

"Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

Moralnya, begitulah adanya hidup ini. Jangan tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang yang istimewa apa yang anda rasakan tentangnya. Kerana esok mungkin sudah terlalu lewat untuk anda berbuat demikian...

ANTARA KHASIAT APRIKOT.


1. Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, Kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, Kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi.

2. Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.

3. Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah.

4. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.

5. Meningkatkan kesihatan mental & memori.

6. Membersihkan arteri.

7. Mengurangkan masalah sakit sendi.

8. Membantu masalah buasir.

9. Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.

10. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

11. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan.

12. Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.

13. Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung.

14. Menghaluskan kulit.

15. Anti penuaan.

Sunday, June 12, 2011

Kenapa Kita Perlukan Vitamin?

Kenapa Kita Perlukan Vitamin?

Penghadaman makanan yang tidak sempurna
Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.

Pemakanan dan peminuman
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

Pengambilan alkohol
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

Merokok
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.

Pengambilan julap
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat - waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.

Proses pemasakan
Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang diproses
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.

Pengambilan antibiotik
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

Sakit
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.

Tekanan
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).

PMT (Pre-Menstrual Syndrome)
Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

Mengandung
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.

Kurang pendedahan pada cahaya matahari
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.