Followers

Thursday, March 17, 2011

Alhamdulillah, 70% Sembuh.

Awal Januari 2011, Jamilah bawa Makcik ke klinik swasta di Sungai Besar. Doktor suruh serta-merta ke hospital. Kami pilih Hospital Sg. Buloh. Pada masa yang sama Anis (Dr.) uruskan ke Hospital Putrajaya. Besoknya, 4 Januari, Makcik dimasukkan ke wad selama dua hari. Disahkan mengidap breast canser tahap merbahaya. Menurut Zaki, doktor kata tahap empat. Urusan-urusan ke dan di hospital pun dijadualkan. Setiap tiga minggu.

Pada 20 Januari Makcik memulakan makan biji apricot jenis pahit.

Tiga minggu yang lalu, selepas menjalani kimo, doktor beritahu proses pengecutan sel-sel cancer amat laju. Jika boleh diperatuskan, 60% dah kecut. Dan semalam, 16 Mac 2011, selepas menjalani kimo, doktor beritahu Zaki proses pengecutan sel-sel cancer amat drastik. Jika boleh diperatuskan, 70% dah kecut. Secara pandangan zahir, luka dulu seluas kotak rokok kini sudah kering dan mengecil macam sebutir kacang sahaja.

Namun, pembedahan terpaksa juga dibuat. Dan 90% kemungkinan Pembedahan Tanpa Tampal. Dalam bahasa orang awam, hanya dicungkil sedikit sahaja.

Maka doktor pun bertanya, ada usaha-usaha lain yang dilakukan?

Alhamdulillah dan subhanallah.
Di atas adalah pengakuan daripada Profesor Dr. Abdul Wahab Arbain berkaitan penyakit kanser payudara yang di hidapi oleh makciknya. Boleh di layari juga di blog beliau di sini Abdul Wahab Arbain.

Saturday, March 12, 2011

Khasiat Buah Manggis dan Kanser.

nyamm.. nyamm.. Hitam-hitam si tampuk manggis,
Sungguhpun hitam, ku pandang rasanya manis...

Salah satu buah kegemaran saya ialah buah manggis. Saya pasti, ramai juga yang sukakan buah manggis. Kebiasaannya, pokok manggis berbuah di musim buah durian. Kata orang, kalau banyak makan buah durian, bolehlah makan buah manggis banyak-banyak kerana buah ini menyejukkan badan. Alangkah manisnya saat menjolok buah manggis hampir masak yang berwarna ungu dan memakannya di bawah pokok. Jika terkena isi buah manggis yang ‘mengkar’, sedapnya tidak terperi.

Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan berkongsi info tentang buah manggis yang juga dipanggil ‘ratu’ buah-buahan.

Selama berkurun, masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara memakan buah manggis disebabkan rasanya yang sedap dan kerana mempercayai bahawa buah ini mampu merangsang kesihatan tubuh. Ðikenali juga dengan nama botaninya garcinia mangostana adalah dari keluargaclusiaceae, buah manggis telah digunakan untuk tujuan ubatan seawal 600 tahun Masihi.

Ðipercayai bahawa manggis berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku (Moluccas) di Indonesia. Pokok manggis boleh mencapai ketinggian dari 7 hingga 25 m tinggi (20~80 kaki). Putik manggis berwarna hijau pucat atau putih, semasa dua hingga tiga bulan pembesaran, buah manggis akan berwarna hijau yang lebih pekat. Ðalam tempoh ini, buah manggis akan membesar dari 6-8 cm diameter, kulitnya sangat keras (baling ke dinding pun tidak pecah!) sehinggalah ia benar-benar matang.

Kandungan kimia yang terdapat di permukaan bawah kulit buah manggis terdiri daripada polifenol termasuk xantones dan tannins yang menekalkan rasa ‘kekelatan’ yang menghalang serangan serangga, fungus, virus tumbuhan, kateria dan ancaman haiwan semasa buah masih belum matang. Kulit buah manggis berwarna ungu dan akan menjadi warna ungu kemerahan apabila masak yang mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk matang sepenuhnya.

Hanya isi buah manggis sahaja yang boleh dimakan, ia sama bentuknya seperti limau, berdiameter 4-6 cm, mempunyai 4-8 ulas dan berwarna putih. Ulas yang paling besar mengandungi biji benih yang rasanya ‘kelat’ jika tergigit. Biji benihnya tidak boleh dimakan kecuali jika dipanggang. Bagaimana anda boleh menerka bilangan isi (ulas) manggis tanpa membuka buahnya? Senang saja, anda boleh melihat tampuk hitam yang terletak di bawah buahnya. Kebiasaannya, bilangan tampuk mewakili ulas isinya. Tidak percaya? Anda cuba kira sendiri.

Rasa isinya yang lembut dapat digambarkan sebagai manis-manis masam dan tajam dengan rasa dan tekstur mirip seperti buah peach. Manggis memang sedap dimakan pada bila-bila masa, paling sedap ketika menghadapi ‘morning sickness’. Salah satu keunikan manggis ialah, walaupun dari mana datangnya buah manggis itu, rasa isinya tetap sama, berlainan sekali dengan buah durian, rasa isinya banyak dipengaruhi oleh jenis dan di mana ia ditanam. Maknanya, tidak kiralah sama ada ia manggis negeri Perak atau Johor atau Pahang atau Siam sekalipun, rasa isinya tetap sama.


Bantu cegah pertumbuhan sel kanser
Terdapat banyak khasiat dan kebaikan manggis terhadao kesihatan tubuh. Kandungan flavonoid dan flavon di dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah vitamin C dan E. ini sekaligus menguatkan sistem imun tubuh. Ðari hasil satu penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah manggis dikatakan dapat menghasilkan xanthone iaitu zat yang terbentuk dari hasil penyisihan kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti anti-inflamasi dan anti-oksidan.

Terdapat kira-kira 6% hingga 10% xanthone daripada kira-kira 20 jenis yang berbeza. Xanthone ini terdapat dalam bahagian berbeza pada keseluruhan manggis, tidak kiralah sama ada dalam isinya, pada bijinya ataupun kulitnya. Antara 10% xanthone, kira-kira 95% xanthones dijumpai dalam bahagian kulit dan biji buah manggis.

Alpha-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthone dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi lain.

Xanthone jenis ini juga dikatakan mampu menghindarkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis dan Alzheimer serta bermanafaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kangungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen antioksida semulajadi dan juga bahan anti bakteria dan anti kulat. Selain itu, buah manggis juga mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

Isi buah manggis selamat dimakan kerana ia tidak mengandungi sebarang pengawet mahupun gula yang telah ditambah. Hakikatnya, gula yang terdapat di dalam minuman jus manggis adalah jenis fukrosa iaitu gula semulajadi yang diperoleh dalam buah. Terdapat juga kandungan kalium (potassium) iaitu kira-kira 210 miligram per 100 gram.

Bantu stabil sistem pencernaan

Pengambilan kira-kira 30 ml jus manggis setiap hari dikatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem pencernaan anda lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang lebih baik. Jus manggis memberi tenaga pada sistem peredaran dan dikatakan mampu membantu menghapuskan kolesterol jahat pada tubuh dengan kandungan asid amono perlu.

manggis muda di pokok

Selain isi buah manggis yang banyak khasiat, bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan ubatan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dn mengandungi astringen.

Masyarakat Cina mengunakan kulit pokok manggis bagi mengubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direbus dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis, gonorea dan gleet (discaj mucus bernanah daripada penis atau vagina akibat daripada gonorea kronik). Manakala kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik.

Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disentri (jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus). Ramuan serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat sapu masalah kulit seperti ekzema.

Daun dan kulit pokok manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah jangkitan seriawan, cirit-birit, disentri dan masalah urinari. Air rebusan akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai ‘amibiasine’ pula dikatakan mampu dijadikan ubat bagi rawatan ameba disentri.

Menurut sumber Imam Khalid di Soleh.Net yang sempat Laman-Seri terjah, kulit manggis boleh dijemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masukkan sebuk kulit manggis ke dalam kapsul, pastikan kapsul halal, ya.... Ambil satu kapsul sebiji, setiap hari. Di USA, harga sebotol jus kulit manggis adalah RM900.00+. Sementara manggis ada depan mata, mengapa kita buang sahaja?

Jangan abaikan khasiat manggis

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)… shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) – helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant(Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic – has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

Penyakit GOUT

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ini.

Caranya :

1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isinya enak dimakan
4. Kalau sebelum ini kulit kita buang sahaja, tetapi kali ini jangan dibuang! Ambil kulitnya, hiris seperti asam keping dan jemur hingga kering
5. Apabila hendak guna, ambil air panas dan 2-3 hirisan kulit manggis dan direndam. Sedia diminum apabila air menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Menurut satu artikel di Majalah Kesihatan, ekstrak kulit manggis dijual pada harga USD240.00 di USA, lebih kurang MYR750!!!

Walaupun terdapat pelbagai khasiat manggis, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : MW#1357, soleh.net dan purple mangosteen.

Thursday, March 10, 2011

What is B17, or Laetrile Anyway?


(NaturalNews) Are apricot seeds a source for a natural substance that kills cancer cells without destroying the cancer victim's health and wealth? The essential ingredient has been called laetrile or vitamin B 17. If there is any merit to it, why is this information being suppressed? Why are people who have been cured or have cured others being censured and imprisoned? Could be there is something to the claims.

Keep in mind that the cancer industry world wide is estimated at a 200 billion dollar a year industry. There are many in various associated positions within that industry who would be without a job if that cash flow dried up suddenly with the news that there are cheaper, less harmful, and more efficacious remedies available. Big Pharmacy would virtually vanish.


What is B17, or Laetrile Anyway?

Saturday, March 5, 2011

Kanser Otak

Siapa pun orangtua melihat buah hatinya terlantar tak berdaya kerana sakit 16 tahun, tentu sedih. Itulah yang dialami Iryani (46). Anak sulung perempuan yang saban hari pekerjaannya mencuci pakaian ini dinyatakan doktor diserang kanser otak, sejak 16 tahun lalu.

Dia mengaku terkejut mendengar laporan doktor itu. Namun dia berusaha tabah. “Saya kuatkan hati ini,” kata Iryani. Umur Nurul Hikmah, demikian nama anak itu, kini sudah masuk 24 tahun. Sebagai ibu, Iryani jujur mengatakan tak tahan melihat penderitaan anak pertamanya itu, yang hanya boleh berbaring tak berdaya. Kadang dia hanya boleh menangis dan berdoa agar anaknya segera diberikan kesembuhan dan normal seperti sedia kala.

Namun di sisi lain, Iryani juga bersyukur. Sebab, selama sakitnya yang bertahun tahun itu, anaknya tidak pernah mengeluh. Bagi Iryani dan Yahdi (suaminya), atau bagi sesiapapun, penantian selama 16 tahun bukanlah waktu yang singkat. Namun mereka tetap berusaha bersabar dan menerima segalanya kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Kalau bukan kerana Allah, mungkin saya sudah gila,” kata Iryani, sambil menitikkan air mata. Dia mengucapkan itu seraya tersenyum dan mengelus kaki anaknya.

Hingga kini Yahdi, Iryani, dan Yandi (anak kedua) tak bosan-bosannya menjaga dan mendampingi Nurul. Ada kalanya mereka menggantikan pakaian dalam Nurul ketika sedang datang bulan, membersihkan buang air yang kadang kala bercampur darah, menyuapi makan, dan memandikannya.

Syukurnya, Nurul bukan anak yang lekas putus asa. Di pembaringannya, ia tetap istiqamah menjalankan solat 5 waktu, puasa Isnin Khamis, dan menunaikan solat Tahajjud sambil berbaring. Zikir pun dia tak lekang, terutama saat rasa sakit menyerang kepalanya. Kadang-kadang kuatnya dia menekan tasbih, mungkin kerana menahan rasa sakit yang hebat, bulir-bulir tasbihnya yang setiap saat dipilinnya itu menjadi hancur.

Kerana belum ada ganti tasbihnya, dia berzikir memakai tangan. Ada bekas di jari-jarinya, barangkali juga kerana tekanan yang begitu kuat. “Saya ibadahnya hanya boleh begini, mudah-mudah Allah menerima ibadah dan doa saya,” tutur Nurul mengiba.

Sekalipun tak berdaya. Semangat hidupnya tak meredup. Bahkan dia pun masih punya hasrat untuk menikah suatu ketika. “Iya, hasrat ada. Apalagi kalau mendengar teman-teman saya yang dulu, sudah nikah dan punya anak,” kata Nurul lemah. “Saya mahu sembuh, biar pun tak 100 peratus. Yang penting oleh berjalan,” sambungnya, suaranya bersih.

Nurul dirawat di rumah ibunya di Jl Al-Busyro, RT 04 Rw 01, Desa Citayam, Kota Depok, Jawa Barat. Iryani tak membawa anakya ke hospital, kerana tak punya wang.

Maklum, Iryani dan Yahdi terolong keluarga miskin. Yahdi perkerjaannya tak menentu. Kadang-kadang jadi ojek, lain hari menjadi tukang bangunan, lain kali lagi jadi tukang batu.

Sedangkan Iryani, sebagai tukang cuci di Perumahan Asri Permai Komplek Pertanian Citayam Depok, setiap hari berangkat pagi, pulang kalau sudah tengah hari. Dia masih mampu mencuci pakai di antara 2 sampai 3 rumah. Jenis layanan pencucian yang ia terima macam macam, ada selimut dan segala jenis pakaian. Sebulan dalam 1 rumah ada yang member Rp 300 ribu.

Selain itu, ia kadang disuruh seterika baju orang. “Sekali menggosok pakaian ada yang memberi Rp20 atau Rp30 ribu,” kisah Iryani. Dari situlah andalan sumber kewangan mengalir, termasuk untuk sekolah anak bungsunya, Yandi Sulaiman (16 tahun) yang kini duduk di bangku SMK, dan untuk makan sehari hari.

Tuesday, March 1, 2011

Akibat Kanser Hati Dan Usus.


Gitaris kumpulan rock yang popular pada 1990-an, Sera, Zainuddin A Karim, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Uban kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kanser hati dan usus.

Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.

Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya. Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.

Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991.

Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997.