Followers

Thursday, December 30, 2010

Sejarah Apricot.

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh, masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot.

Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Kelebihan Vitamin B-17;

· Merawat dan membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

Sumber: World Without Cancer.

Wednesday, December 29, 2010

Tanda-tanda awal kanser perut.


PERNAHKAH anda mengalami gastritis? Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastritis kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut.

Gastritis atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut.

Tetapi merupakan tanda-tanda awal kanser perut. Menurut Pakar Bedah dan Runding Gastrointestinal, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan, sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.

Malah tambah beliau, sekiranya ia tidak dirawat dengan segera ia boleh membawa maut. Keadaan ini (angin) disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik.

Tetapi sekiranya ia (bakteria tersebut) tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut di mana bakteria tersebut akan bertukar menjadi sel-sel kanser. Untuk itu, sekiranya pesakit mengalami sakit perut yang kerap ataupun berlarutan, selain diberikan ubat oleh doktor, mereka juga berhak untuk melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar, ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, di Malaysia, kanser perut merupakan penyakit yang ketujuh tertinggi di kalangan kaum lelaki manakala bagi wanita pula ia merupakan penyakit yang ke-10. Sebanyak 50 peratus daripada penduduk dunia sememangnya dijangkiti dengan bakteria helicobacter pylori dan 90 peratus masyarakat setempat akan mengalami sakit perut atau angin.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara tahun 1997 hingga 2007, di Malaysia terdapat 13,539 kes dan setiap tahun lebih daripada 100 orang akan meninggal. Jika dilihat tahun-tahun sebelum ini, terdapat 800 kes baru yang dikesan tetapi bermula daripada tahun 2000 jumlah tersebut telah meningkat sehingga 1,000 kes.

Peningkatan angka tersebut menurut Dr. Ramesh kerana di Malaysia sendiri kurang pendedahan diberikan kepada masyarakat mengenai kanser perut. Berbicara dengan lebih lanjut mengenai kanser perut, jelas Dr. Ramesh lagi, secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakterium yang sama dengan ulser perut dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.

Bagaimanapun ujar beliau lagi, gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser. Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan pesakit muntah darah atau membuang najis yang hitam seakan tar di mana ia memerlukan penjagaan perubatan dengan segera.

Kanser perut, selain disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, ulas Dr. Ramesh, para penyelidik percaya bahawa amalan memakan makanan yang diawet, termasuklah makanan yang dikeringkan, disalai atau dijeruk juga menjadi punca kanser perut.

Tambahnya, negara Jepun adalah negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia. Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia. Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat.

Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat. Untuk itu, Dr. Ramesh turut menasihatkan agar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dalam menentukan tahap kesihatan masing-masing.

Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan pemeriksaan usus dan perut sekali setahun merupakan langkah pencegahan yang paling efektif bagi mengelakkan nyawa daripada diragut penyakit itu, katanya.

Thursday, December 23, 2010

Kanser Pangkal Rahim Yang Di Buang.

Uterus Radical Hysterectomy

Uterus after hysterectomy

This photo shows the uterus and falopiam tubes Stage IIa cervical cancer (circled in black) after a radical hysterectomy/bilateral salpingo oopherectomy. Stage II means the cancer has spread in the immediate vicinity, and you can see the vaginal involvement as well as the tumor on the cervix.

Radical hysterectomies are performed on women with cervical cancer or endometrial cancer that has spread to the cervix. A radical hysterectomy removes the uterus, cervix, top part of the vagina, ovaries, fallopian tubes, lymph nodes, lymph channels, and tissue in the pelvic cavity that surrounds the cervix. This woman is 58 years old, had a cesarean birth many years ago, and had HPV.

Cervix after Hysterectomy

This is a close up of the cervix with cancer circled in black. Her surgeon called it “dinky”.

The woman is healing well from her hysterectomy

Pengumuman.



Salam kepada semua,

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa harga Aprikot Seed (raw dan kapsul) akan di naikkan harga kepada RM150 (sepaket/sebotol).

Kami memohon maaf atas kesulitan tersebut, kerana ianya membabitkan kos mengimpot biji apprikot dan pengurusan pembungkusan semula untuk edaran.

Harap maklum.

Zuraida Mohd Meohyeddin.

Friday, December 17, 2010

BARU KU TAHU BAHAYA SARDIN

Erm... saya terjumpa artikel ni dari kotak email, jadi saya ingin berkongsi dengan rakan taulan sekalian. Yang baik kita sebar2 kan, yang tidak baik kita jauhkan

Walau bagaimanapun terpulanglah kepada kalian untuk menilaikan kebenaran artikel di bawah ini. Bagi diri saya sememangnya telah lama tidak memakan Sardin sejak menghidapi penyakit kanser ini, saya banyak berpantang. Ikutilah kisah di bawah ini:-


Penemuan menakjubkan..... JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin.

Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin.

Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”.

Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut?.

Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi.

Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.

Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin.

Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenarannya.....

Wassalam wallahualam...

Friday, December 10, 2010

Kisah Azean Irdawaty Melawan Kanser.

ajal kak yan

Ajal dan maut sememangnya di tangan Allah. Kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan segala-galanya. Rasanya semua orang pun tau yang Azean Irdawaty ada kanser dan kanser beliau kini dah sampai tahap kritikal. Mungkinkah hayat beliau hanya sampai Oktober tahun ini? Berikut adalah petikan luahan hati Kak Yan semasa penangkapan anaknya Benjy:-

Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?

Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran. Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008.

Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan.

Buat Kak Yan, semoga panjang umur dan tabah menghadapi dugaan hidup ini. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Kak Yan.