Followers

Saturday, November 27, 2010

Menangani Kanser Payudara

Kanser payudara merupakan antara pembunuh utama wanita di dunia. Malah, kaum lelaki juga sebenarnya tidak ketinggalan menghadapi risiko ini. Kerana itu, pemeriksaan rutin merupakan langkah yang paling baik bagi menangani masalah kanser payudara. Sebarang kelainan atau keganjilan dari pemeriksaan tersebut harus diambil tindakan segera.

1. Benjolan
Gejala Kanser payudara yang paling mudah dikenali adalah munculnya benjolan yang tidak normal. Benjolan itu boleh umumnya diraba sendiri, biarpun kadang-kadang hanya boleh diketahui adanya benjolan itu melalui pemeriksaan mammograph.

2. Pembengkakan
Biarpun tidak ada benjolan, payudara yang membengkak atau terasa berat perlu diberi perhatian. Kehamilan dan retensi (penumpukan) cairan akibat terlalu banyak penggunaan garam sebenarnya juga boleh menyebabkan payudara membengkak.

3. Iritasi kulit
Gejala Kanser juga boleh diamati dari kulit payudara atau puting yang memerah, tebal dan bersisik. Jika tanda-tanda itu muncul biarpun tidak sedang mengalami jangkitan kulit dan tidak memiliki alahan terhadap bahan kimia pada pakaian, sabun dan lotion, sebaiknya segera berjumpa doktor.

4. Nyeri di bagian puting
Kista di payudara juga boleh menyebabkan rasa nyeri di bahgian puting. Untuk membedakannya dengan Kanser payudara, periksakan segera dan mintalah doktor untuk melakukan pemeriksaan ultrasonik yang boleh membezakan kista dengan sel Kanser.

5. Puting tenggelam (nipple retraction)
Biarpun jarang, pertumbuhan sel Kanser payudara di sekitar areola juga boleh menyebabkan puting tenggelam. Jika gejala ini muncul tiba-tiba, ada kemungkinan terjadi penarikan atau pengencangan kelenjar susu yang terjadi kerana terdesak oleh sel tumor.

6. Cairan aneh di puting
Selain susu, cairan apapun yang keluar dari puting perlu diberi perhatian terutama jika berwarna merah atau coklat. Biasanya doktor akan melakukan ductogram yakni sejenis mammograph untuk memeriksa kelainan kelenjar susu, dan mengamati cairan yang keluar dengan bawah mikroskop untuk mengetahui adanya sel Kanser di dalamnya.

7. Pembengkakan kelenjar getah bening
Kanser payudara selalu ditandai dengan pembengkakan kelenjar getah bening di kawasan ketiak. Periksakan segera untuk menjangkakan kemungkinan tersebut, biarpun kadang-kadang jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian ini membengkak.


Monday, November 22, 2010

Halal Bio : Biji Aprikot

Tahukah anda bahawa seramai 1.6 JUTA rakyat Malaysia telah mengidap kanser (berbagai jenis kanser). Mungkin anda, saudara mara anda, teman2 anda telah atau sedang mengidap kanser.

Mengikut pakar medikal mengatakan bahawa tidak ada kesembuhan untuk kanser melainkan melalui radioterapi dan kimotherapi. Itu pun bukan satu janji yang boleh menyembuhkan tetapi cuma untuk bertahan sahaja. Ramai pesakit2 kanser yang meninggal dunia tanpa menerima penawar yang sebenarnya.

Jadi jika anda pengidap kanser, saudara mara atau rakan2 anda yang berjuang untuk hidup dengan kanser maka di sini saya perturunkan satu penawar untuk kanser.

Dalam BEBERAPA MASA, sel kanser akan dimusnahkan. Saya tidak mengatakan bahawa kanser itu sembuh tetapi sel kanser akan mati dalam tempoh tersebut. Bila sel kanser mati maka ternyata tiada lagi sel kanser yang boleh merebak. Bila tiada sel kanser yang akan merebak maka tiada lagi kanser di dalam tubuh anda.

Takutilah wahai rakan2 sekelian akan kanser. Saya pernah melawat di wad yang semuanya pesakitnya adalah pengidap kanser. Boleh dikatakan setiap minggu ada yang meninggal dunia.

Pada waktu itu saya belum terjumpa dengan penawarnya. Seandainya penawar yg akan saya beritahu sebentar itu ada, mungkin mereka masih hidup sampai sekarang.

Bila anda membaca artikel ini, jgn simpan dalam pc anda, sebarkan kpd semua manusia. Manakan tahu dalam ramai2 tu ada yg mengidap kanser. Jadi anda adalah penyelamatnya.

(THE FINAL HOPE) - VITAMIN B - 17

SUMBER SEMULA JADI YANG TERBUKTI UNTUK RAWATAN KANSER . BUKTI NYATA;

Dr Ernesto Contreras , Oasis of hope Hospital; Beliau telah berjaya merawat 100,000 lebih pesakit kanser menggunakan Vitamin B-17 .

Apakah Pandangan Pakar dan Saintis mengenai Vitamin B 17 ?

Menurut Dr Philip E .. Binzel , Pakar Kanser , Ohio , Usa : ” B 17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser”

Dr . Micheal Tait , Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia : ” Kanser adalah penyakit metabolic …… terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser” .

Dr Dean Burk , Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci : ” Dibawah mikroskop kami masukkan B17 keatas sel kanser , kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali”.

Dr Kanematsu Suguira , Penyelidik Kanser terkenal didunia : ” B17 adalah ejen anti barah paling berkesan yang pernah diujinya” ..

Dr Ernest Kreb Jr , pakar biochemist Pengasas Vitamin B15 dan B17 : ” B17 adalah harapan utama dan terakhir didalam terapi kanser” .

Dr Hans Nieper , Pakar Kanser dari Jerman Barat ” Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar , saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan ,. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser”.

OLEH KERANA KEBERKESANANNYA BANYAK HOSPITAL DAN KLINIK MENGGUNA KAEDAH INI.

Antara klinik dan hospital yang Mengggunakan Vitamin B17

The Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia ,
The Kroiss Cancer Center ,
Austria Immuno - Augmentative Therapy Center , Bahamas ,
Ozone Research Center , Havana ,
Cuba Center for Integrated , Vancouver , Kanada,
HOC Center for Progressive Medicine , Kanada ,
Kelowna Naturopathic Clinic , Kelowna , Kanada ,
Brackendene Clinic , England ,
The Bristol Cancer Help Center , England ,
The Issels Cancer Treatment , England ,
Bio Med Klinik , Jerman , Klinik St Georg , Jerman ,
Optimum Health Centre , Hong Kong ,
United Cancer Research Institute , Hungary ,
The East Clinic , Ireland ,
Sant Orsola Malpighi Hospital , Bologna ,
Itali Holistic Keihoku Hospital , Tokyo ,Jepun ,
Oasis Hope of Hospital , Tiguana , Mexico ,
Hospital de Diagnostico , San Salvador ,
J. Buxalleu Font , Barcelona , Sepanyol ,.
Las Mariposas Clinic , Malaga , Sepanyol ,
Spring of Life Therapeutic Cancer, Afrika Selatan

Foods Containing B17 (Nitrilosides)

Vitamin B17 appears in abundance in untamed nature. Because B17 is bitter to the taste, in man’s attempt to improve tastes and flavors for his own pleasure, he has eliminated bitter substances like B17 by selection and cross-breeding. It can be stated as a general rule that many of the foods that have been domesticated still contain the vitamin B17 in that part not eaten by modem man, such as the seeds in apricots. Listed below is an evaluation of some of the more common foods. Keep in mind that these are averages only and that specimens vary widely depending on variety, locale, soil, and climate.

Fruits Range*
blackberry, domestic low, blackberry wild high, boysenberry med., choke cherry high, wild crabapple high, market cranberry low, Swedish (lignon) cranberry high, currant med., elderberry med. to high, gooseberry. med., huckleberry med., loganberry med., mulberry med.
quince med., raspberry med.

Seeds Range*
apple seeds high, apricot seed high, buckwheat med., cherry seed high, flax med., millet med.
nectarine seed high, peach seed high, pear seeds high, plum seed high, prune seed high, squash seeds med.

Beans Range*
black low, black-eyed peas low, fava high, garbanzo low to med., green pea low, kidney low to med., lentils med., lima U.S. low, lima Burma med., mung med. to high, shell low

Nuts (all raw) Range*
bitter almond high, cashew low, macadamia med. to high

Sprouts Range*
alfalfa med., bamboo high, fava med., garbanzo med., mung med.

Leaves Range*
alfalfa high, beet tops low, eucalyptus high, spinach low, water cress low

Tubers Range*
cassava high, sweet potato low, yams low

Range*
High — above 500 mgs. nitriloside per 100 grams food
Medium — above 100 mgs. per 100 grams food
Low — below 100 mgs. per 100 grams food

VitaminB17. org’s position on the use of vitamin B17 in the prevention or cure of cancer: if it is used as a cancer preventative, vitamin B17 should only be obtained from natural sources (see list of foods containing B17) and used in conjunction with a reduced animal-protein/ dairy diet with a strong emphasis on raw, uncooked vegetables and fruits. If cancer is present, however, vitamin B17 may be obtained in both its natural form and injectable or pill form. This should be used in conjunction with a diet which emphasizes raw, uncooked vegetables and fruits, fresh vegetable and fruit juices, and the total elimination of animal-protein, dairy, sugar, and refined flour products.

KEBENARAN YANG DISEMBUNYIKAN

SILA TONTON ASTRO OASIS SEGMEN HALAL-BIO.... DALAM RANCANGAN INI ADA 3 SIRI.... SETIAP SATU MEMPERINCIKAN APA YANG SAYA MAKSUDKAN. "SESUNGGUHNYA SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA". KANSER.... OH KANSER.....

UNTUK MENDAPATKAN VITAMIN B17 & PENERANGAN MENGENAI KELEBIHAN VITAMIN B17 BOLEH MENGHUBUNGI SAYA SEPERTI TERTERA DI BAWAH;

Thursday, November 4, 2010

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)

  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
    Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.

  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.

  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.

  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.

Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Tuesday, November 2, 2010

Terima kasih kerana menampar saya.


BARU-BARU ini saya pulang ke kampung. Kebetulan adik-beradik lain pun ada bercuti sama. Emak yang selama ini tinggal seorang, gembira tidak terkata melayan cucu-cucunya. Masak lauk yang special sajalah orang tua saya itu.

Malam terakhir sebelum kembali ke Kuala Lumpur, kami duduk berkumpul lagi di ruang tamu sambil menonton televisyen. Beberapa orang saudara yang tinggal tidak jauh dari rumah kami pun ada sama ketika itu.

Kami bercerita kisah-kisah silam, dari satu topik ke satu topik lain. Emak ceritakan perihal arwah abah yang selalu menyuruh saya membelikannya rokok pada waktu malam. Kata emak, saya yang ketika itu berusia 7 ke 8 tahun akan merungut kerana selalunya waktu itu saya sedang menonton televisyen.

Ketika itu sedang hangat cerita Six Million Dollar Man dan Combat. Tengah sedap-sedap menonton itulah abah suruh saya belikan rokoknya. Pertengahan 1970an, kampung kami belum ada elektrik lagi. Saya bergegas-gegas ke kedai dengan berbekalkan lampu picit atau pelita minyak tanah. Kedai pula jauh. Jalan gelap.

Malangnya bila sampai ke rumah semula, cerita Combat sudah habis! Kami ketawa dengar cerita emak.

Dan malam itu, sekali lagi emak membuatkan air mata saya bergenangan.

Mulanya hanya cerita tentang rokok, kemudian emak menceritakan kenapa sampai sekarang saya tidak merokok. Ia bermula dengan kisah saya mencuri rokok abah, kemudian ditampar dan berakhir dengan kata-kata abah yang berbunyi, "kalau awak sayang, saya lagi sayang."

Ya... kalau emak sayangkan saya, abah lebih sayangkan saya. Kerana itu dia menampar saya hingga bibir saya berdarah.

Tanpa emak sedar, semasa dia mengungkap balik kata-kata abah,`kalau awak sayang, saya lagi sayang...' Dada saya serta-merta sebak. Air mata saya ini hanya menunggu masa saja untuk jatuh dari kelopaknya. Saya terkenangkan abah.

Ketika usia saya enam tujuh tahun, saya sering melihat abah merokok. Sehari kadang-kadang tiga kotak rokok dihisapnya. Selalunya rokok Gold Leaf.

Pun begitu, abah sentiasa mengingatkan kami adik-beradik supaya jangan sekali-kali merokok sepertinya. Kata abah, kalau dia tau kami merokok, dia akan tampar.

Saya kecil lagi, belum mengerti sangat kata-kata abah itu. Suatu hari, saya lihat abah tertinggal rokoknya selepas membaca Surat khabar. Saya terus ambil dan menunjukkannya kepada Z, kawan saya di sebelah rumah.

Z ambil mancis, kami masuk ke dalam tong dram. Dalam tong bulat itu kami nyalakan rokok tersebut dan menghisapnya. Tekak jadi pahit. Mulut terasa kelat. Kami batuk beberapa kali tersedakkan asap rokok itu.

Seronok betul kami ketika itu. Rasa seperti orang tua.

Saya cakap dengan Z, cepat sikit, jangan sampai orang nampak. Lagipun, kami kena hantar rokok itu cepat sebelum abah saya tahu. Kalau dia tahu, memang naya. Kami hisap dua batang rokok saja sebab pahit. Lepas itu saya terus bawa pulang kotak rokok tersebut.

Sewaktu hendak meletakkan rokok berkenaan di tempat asalnya itulah saya tertangkap. Abah berdiri di depan saya dengan wajah bengis. Dan.. `PAANGGG!!!' tanpa sepatah kata, seliang penampar hinggap di muka saya. Sakitnya tidak terperi. Saya menangis dan memegang bibir yang pecah berdarah.

Hampir saja abah melepaskan penamparnya yang kedua, tapi tidak jadi. Tangannya yang sudah hampir benar ke pipi saya, ditarik balik. Saya meraung dan berlari ke bawah sebatang pokok bunga.

Di bawah pokok yang dihadapannya ada parit kecil itu saya menangis. Saya tak suka pada abah. Abah tak patut buat saya macam ni. Tak patuttt! !

Lima minit kemudian, emak datang. Emak pegang bibir saya yang membengkak itu. Kemudian emak kesat darah yang masih mengalir.

"Kenapa curi rokok abah?" emak bertanya.

Saya diam. Saya terus menangis.

Emak usap kepala saya dan peluk bahu saya.

"Dah, berhenti nangis tu. Mari makan. Ada lauk asam pedas ikan kembung. Man suka, kan?" pujuk emak.

Tapi saya tidak berganjak. Walaupun itulah lauk kegemaran saya, tapi hari itu saya tidak mahu menjamahnya. Biarlah hari ini saya berlapar, saya tidak akan makan. Saya tidak mahu lihat muka abah.

Bibir saya sakit. Hati saya sakit. Saya benci abah kerana menampar saya hingga bibir saya berdarah. Abah tak sayang saya. Abah tak sayang saya!!!

Saya terus menangis dan akhirnya emak masuk ke rumah selepas gagal memujuk saya. Hari itu saya tidak makan tengah hari.

Saya tidak tahu apa berlaku selepas itu sampail ah saya sudah bekerja dan berkeluarga, apabila emak mengimbas kembali kejadian tersebut. Emak ceritakan kepada kami adik-beradik, selepas saya enggan makan tengah hari itu, emak menangis.

Emak pergi jumpa abah dan bertanya, kenapa tampar anak sampai berdarah bibir? Tak sayang anak ke?

Ketika itulah abah menjawab,`kalau awak sayang, saya lagi sayang'. Abah bertanya balik, adakah emak mahu saya jadi penghisap rokok seperti abah? Bekerja dikebun pagi dan petang, tapi habiskan wang itu untuk rokok? Awak nak anak awak hisap rokok? Hisap dadah?

Masuk malam ini, sudah berapa puluh kali emak ungkapkan kembali cerita itu. Tapi setiap kali emak buka cerita lama itu dan ulangi kata-kata abah, dada saya pasti saja terasa sebak. Tekak terasa sakit dan air mata serta-merta bergenangan di kelopak.

Saya terkenangkan wajah abah. Saya terkenangkan kasih sayangnya. Saya jadi teramat rindu pada pelukan abah, juga senyum manisnya dipenghujung usia. Abah pernah menyatakan kegembiraannya kerana tiada di antara kami tiga beradik ini yang menghisap rokok. Abah bangga dengan saya.

Pada usia-usia begini, ketika sudah mempunyai anak yang mula menginjak remaja, saya mengerti mengapa abah bertindak tegas terhadap saya dulu. Abah bukan bencikan saya, tapi abah sayangkan saya. Abah tidak mahu saya melakukan sesuatu yang sia-sia. Abah tidak mahu saya jadi sepertinya.

Sudah lebih 10 tahun abah pergi. Kepada orang lain, kejadian ini kecil saja. Tapi tidak saya. Saya akan kenang peristiwa itu sebagai lambang kasih bapa ke pada anaknya. Terima kasih kepada abah kerana menampar saya.

Oleh:
Meor Shazman Zakaria,
Kuala Kangsar, Perak.